Sunday, August 14, 2011

Sebuah Kenangan: Ramadhan 13

Assalamua'laikum.


Andaiku Tahu-Ungu


Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Ku akan memohon
Tuhan tolong panjangkan umurku


Andai kutahu
Kapan tiba masaku
Ku akan memohon
Tuhan jangan Kau ambil nyawaku



Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku



Andai kutahu
MalaikatMu kan menjemputku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu
Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku



Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu



Aku manusia
Yang takut neraka
Namun aku juga
Tak pantas di surga



Andai kutahu
Kapan tiba ajalku
Izinkan aku
Mengucap kata tobat padaMu



Aku takut
Akan semua dosa dosaku
Aku takut
Dosa yang terus membayangiku



Ampuni aku
Dari segala dosa dosaku
Ampuni aku
Menangisku bertobat padaMu



Haaa... Haaaa... Haaa... Haaaa... [2x]

------------


13 Ramadhan 1431 Hijrah

Pagi 13 Ramadhan 1431, ketika hening subuh memecah kesunyian. Saat aku terlepas sahurku untuk kesekian kalinya. iPhone berbunyi berlatar belakang gambar Mama, membawa perkhabaran bahawa Uncle Ayub sudah tiada lagi di dunia ini lebih kurang jam 5 pagi. Hampir 9 bulan arwah terlantar mencari kekuatan untuk pulih dari serangan Stroke (Angin Ahmar). Malaikat Maut mencabut nyawa & memanggilnya kembali menghadap Allah, Tuhan sekalian alam. Dengan pantas aku bangun, mandi, tunai solat subuh & terus memecut motorsikalku ke HUKM. Jumpa Mama & Abah di HUKM. Sampai-sampai, jenazah sudah siap dimandikan. Siap sedia untuk disolatkan & ditanam di Bangi.  Kelas? Ah, aku tak nampak kelas waktu tu. Walaupun posting Orthopedics (Tulang) baru bermula. 

Masih segar dalam ingatan, sewaktu Raya 1430 Hijrah, arwah ada cakap dia dah tiada untuk Raya depan waktu ditepi pantai Batu Buruk bersama anak-anak saudara. Seolah-olah dapat rasa arwah tidak akan ada lagi di dunia ini. Lawaknya sentiasa memecah gelak gempita kami sekeluarga. Paling aku ingat tika berbuka puasa, arwah secara berseloroh berkata, "Tambah rumah takpe, jangan tambah orang rumah". Ada juga betulnya bila difikir-fikir. Tiada lagi "ketua" pembuat ketupat di malam raya. Tiada lagi aktiviti mencari & bermain mercun/bunga api bersama. Tiada lagi aktiviti memancing ditepi Masjid Terapung. Tiada lagi tempat berkongsi gajet Apple bersama. Kenangan lama. Biar sahaja ia bersemadi kekal dalam cerebral cortex aku. Semoga roh arwah terus dicucuri rahmat. Amin. - Al-Fatihah.

13 Ramadhan 1432 Hijrah

Usai kuliah subuh di Ampang, aku merempit memecut balik ke rumah. Mama minta aku balik rumah sebab ada majlis tahlil arwah Uncle Ayub. Ahli keluarga lain semua ada. Memang dah rasa macam raya.  Berkumpul petang semalam selepas zohor. Buat persiapan berbuka & yasin serta tahlil bersama. Rasa sebuah ketenangan, semoga roh arwah tenang di alam sana. Bukan itu sahaja, ianya juga untuk Tok Daddy (adik pada Tok aku. Semua orang panggil "daddy" sejak aku kecil lagi). Beliau jatuh sakit (heart attack --> heart failure + ischemic stroke & on life support sebab tak sedarkan diri) di London, sewaktu menghadiri urusan promosi songket bersama kerajaan Terengganu di London pada bulan 6 lepas. (Ada juga aku plan nak ke sana, ikut sekali masa cuti bulan 6 hari tu. Tapi mana nak lepas. Duit tak cukup). Tak semena-mena, kena heart attack di London. Nak balik dah tak boleh sebab tak "fit" untuk naik flight. Stranded di Royal Brompton Hospital, London. Bergilir-gilir saudara-mara pergi London menjaga. Tidak kurang juga rakan-rakan baik Tok Daddy yang pergi ke London melawat & beri semangat. Aku hanya mampu baca update melalui facebook sahaja. Terima kasih la kat facebook. Really connects people throughout the globe.

Sementara tunggu berbuka, sempat aku berbual, bertanya khabar serba-sedikit pada Ayah Long (ayah saudara) tentang sakit jantung. Angiogram sudah buat tapi angiogram tak mampu nak buka kembali saluran koronari yang tersumbat. Satu complete blockage. Lagi 3 saluran koronari, 80%. Plan nak buat "bypass" akhir tahun ni di Hospital Serdang. Family aku memang ada keturunan kencing manis. Kencing manis kalau tak kawal memang boleh sumbatkan jangtung bila lemak-lemak dah mula berkumpul. Kemudian, berbuka sedikit & solat maghrib berjemaah. Makan tak usah cerita, memang macam naga lah. Banyak. Tapi laju je sepupu sepapat aku ni belasah. Tau-tau dah habis licin. Solat Isyak berjemaah, terawih & sambung kembali makan sambil tengok bola Liverpool lawan Sunderland. Tamat separuh masa pertama, siap-siap untuk balik rumah. Waktu nak keluar rumah, nampak Tok aku serius bebenor bercakap telefon. Nampak seperti ada panggilan dari London. Ya, tepat sekali sangkaan aku. Tok Daddy hanya mampu mendengar sahaja percakapan telefon, tidak mampu lagi membalas. Tengah malam semalam, lebih kurang jam 11 (waktu Malaysia) arwah menghembus nafas akhir di dunia ini. Seorang demi seorang ahli keluarga meninggal. Semoga roh arwah dicucuri rahmat. Biarlah arwah bersemadi di Garden of Peace, Hainnault, London. Tak perlu seksa mayat bawa balik ke Malaysia. Mana-mana tanam pun muka bumi Allah. Solat ghaib & al-fatihah untuk arwah.


[Pusara arwah Uncle Ayub]
Sesungguhnya Mati Itu Pasti. Orang Yang Bijak Adalah Mereka Yang Mengingati Mati.
Nota Kaki

Hidup ini hanya sementara. Nyawa ini hanya pinjaman. Bila-bila Allah boleh ambil balik. Dunia hanya tempat berkebun, bercucuk tanam amalan kebaikan untuk bawa ke alam sana. Semoga kita bertemu kembali di syurga!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...