Wednesday, May 25, 2011

18 SX: Cerita Kursus Kahwin

Assalamua'laikum & Salam Sejahtera to all readers.



Sesuai untuk bacaan 18 tahun keatas sahaja. Tulisan ini mungkin mengandungi unsur-unsur lucah yang tidak keterlaluan. Tidak sesuai untuk tatapan kanak-kanak.


Alhamdulillah. Praised be to Allah. Sungguh, kesempatan cuti panjang ini saya sempat ke Kursus Pra-perkahwinan yang berlangsung selama 2 hari (14 - 15 Mei 2011) di Pejabat Agama Islam Daerah Petaling, Menara Utara, Bangunan Sultan Idris Shah, Seksyen 5, Shah Alam. Senang cerita, berhadapan dengan Masjid Negeri, Shah Alam.

Ramai betul yang bertanya, "Dah nak kahwin ke?"
Tak semestinya pergi kursus kahwin akan berkahwin dalam masa terdekat. Sijil kahwin perlu ada kalau nak kahwin & sijil tu valid lifetime. Boleh guna sampai nak kahwin untuk bini yang ke-4 (kalau ada yang nak poligami). Perjalanan masih panjang. Kerja pun belum lagi. Fine. Mungkin ada yang tak berapa nak setuju untuk jadikan alasan belum bekerja untuk tangguhkan perkahwinan. Katanya rezeki Allah bagi. Betul. Setuju. Tapi rezeki tak turun dari langit tiba-tiba. Kena usaha. Nak harapkan duit biasiswa, oh, itu hanya cukup untuk seorang (bagi saya, computer geek). Tak kan nak kahwin pun mak ayah juga yang kena support. Tak macho langsung. Berhutang? Itu bukan saya. Bukan prinsip saya berhutang. Takut memakan diri di kemudian hari.

Sebelum-sebelum ini ada sahaja pihak U buat kursus kahwin ni. Tapi tiada rezeki nak pergi. Lagi pun masih sibuk dengan posting. Jika dicongak-congak, tahun depan saya akan terus sibuk & untuk ke kursus kahwin, lupakan sahaja. Medical Professional Exam will be on June 25, 2011. Kemudian? Mungkin cuti pendek sahaja & terus kerja. Kursus bersama-sama dengan masyarakat umum, banyak membuka minda saya bagaimana masyarakat kita berfikir. Tindakan, gaya hidup yang jauh berbeza dengan sahabat-sahabat U. Jika di USIM, semuanya telah mantap bab-bab Aqidah, Ibadah, Akhlak. Itu semua adalah "kacang". On the finger tips. I guess? 

Asalnya mahu pergi bersama Ajim. Tapi dia pula ada hal. Ya, untuk cik isteri nun jauh "di sana", "di sini" ni hanya pergi berseorangan di temani motor kapcai 125 Z yang berusia 11 tahun. Helmet dicapai & enjin dihidupkan. Merempit secara berkhemah sepanjang 11.8 km dari Subang Jaya. Secara pukal, ramai yang ke kursus kahwin sudah mempunyai pasangannya masing-masing. Datang berdua-duaan, sama ada berkereta atau merempit naik motor. Oh, naik motor memang nikmat jika berdua. Tapi AWAS! - Jangan naik berdua jika tiada ikatan lagi. Boleh naik motor sekali jika Ayah bakal isteri ada di tengah-tengah. Boleh? Silap-silap mau kena tahan dengan JPJ. Kalau mahukan kemanisan hubungan suami isteri berpanjangan, jangan buat perkara yang Tuhan larang. Seelok-eloknya, elakkan pergi berdua bersama pasangan anda. Pergilah bersama bakal mertua anda kalau nak jugak pergi dengan pasangan atau pergi sahaja kawan-kawan sejantina anda. Jaga hubungan lelaki wanita agar beroleh keberkatan di kemudian hari.

Kenangan: Teringat naik motor sampai 4 orang sekali bersama sahabatku merangkap bekas rumet ku, Kamal Jameran utk ke masjid. Dah nak kahwin ye kamu. HAHA. Selamat pengantin baru. Semoga berbahagia sampai syurga.


Perkahwinan itu ibarat membina Masjid. Sudah siapkah bahtera untuk melayarinya? [source]

Kenapa Perlu berkursus?

Mungkin ramai tertanya-tanya. Tak boleh ke kalau tak pergi? Kahwin je terus. Buat apa susah-susahkan diri pergi kursus kahwin?

Untuk pengetahuan anda, prosedur permohonan perkahwinan memerlukan anda untuk menghadiri kursus kahwin. Tak lama pun, 2 hari. Sebenarnya, tak sampai 2 hari pun. 1 hari setengah sahaja.
"Pergi kursus kahwin pun ramai yang bercerai-berai"
Think positive. That's all I can say. Betul, sekarang ramai yang bercerai-berai. Ini pun ada kursus kahwin. Jika tiada? Bukan kursus kahwin yang menjadi isu. Isunya, adalah pengamalan & tindakan kita. Quran & Sunnah jadi panduan, tapi ramai yang tak mahu ikut. Aqidah tak cukup kuat menghadapi hari-hari mendatang.

Persediaan




Apa yang anda perlu lakukan?
  1. Isikan borang permohonan mengikuti kursus pra-perkahwinan di pejabat agama. Boleh juga didapati di laman web JAIS. Atau file .pdf di sini. Download, isikan, & serahkan pada pejabat agama. Lebih mudah jika faks. Tak perlu bersusah payah ke pejabat agama. Gunakan teknologi sebaik mungkin. Harus di ingat, hantar borang anda sekurang-kurangnya seminggu dari tarikh kursus. Kursus hanya pada setiap Sabtu dan Ahad sahaja.
  2. Selepas faks, sila confirmkan bahawa borang anda diterima.
  3. Hari pertama anda akan berkumpul di Lobi Menara Utara. Kaunter pendaftaran di buka jam 7.30 pagi. Sediakan salinan I/C (tak pakai pun akhirnya) + duit RM 80.00. Bayaran termasuk makan + fail sekali.
  4. Berpakaian kemas dan menutup aurat. Bagi lelaki jeans tidak dibenarkan (ada je yang pakai) dan baju berkolar. Wanita, berbaju kurung dan menutup aurat.
  5. Tandatangan kedatangan setiap kali sesi ceramah. Sijil akan diberi selepas tamat kursus.
Mudah bukan?

Pemerhatian saya: Bab pakaian ni, wanita adalah juara tidak kira apapun majlisnya. Mana tidaknya, walaupun berbaju kurung, masih lagi ketat. Masih lagi menampakkan susuk tubuh yang menggiurkan. Kasihanilah kami kaum Adam, wahai kaum Hawa. Tak tengok, rugi. RUGI. Dah rezeki free untuk menikmati keindahan alam semulajadi.

Tentatif

Semua sekali ada 8 ceramah. Banyakkan? Sabar je la. Tapi pengalaman saya sebagai medical student menyebabkan perkara-perkara macam ini adalah biasa. Mendengar ceramah/lecture yang panjang adalah biasa. Tertidur adalah perkara biasa. Di tambah dengan lecture yang membosankan. Alah bisa, tegal biasa. Tidur dalam majlis ilmu pun Allah bagi pahala. Lebih baik tidur, dari mengganggu majlis. Cuma, jagalah perasaan & hati jiran-jiran disebelah. Janganlah sampai berdengkur & meleleh air liur basi. HAHA.


Ewwww.... [source]
"Bila berlakunya suatu majlis ilmu,malaikat akan berkumpul di sekeliling majlis ilmu tersebut dan Rahmat Allah SWT akan turun kepada majlis tersebut dan kepada siapa yang ada di dalamnya"
Anda semua tidak perlu risau, sebab penceramah-penceramah ni semuanya lawak-lawak. Kalah Maharaja Lawak kat Astro tu. Saya tak mahu ceritakan lebih-lebih tentang lawak-lawaknya. Mendengar pengalaman sahabat sendiri (akhi Sob) menyebabkan lawak-lawak yang penceramah gunakan sudah dapat ditangkap. Tapi gelak jugak. Nanti tak normal pulak kalau tak gelak bila semua orang gelak. :)

Sabtu: 7.30 pagi - 6.00 petang (5 ceramah)
Ahad: 8.00 pagi - 3.00 petang (3 ceramah)

Berikut adalah serba sedikit tajuk-tajuk ceramah.

Day 1

Ceramah 1: Perkahwinan & Prosedur Perkahwinan Negeri Selangor (2003)

Ini adalah tajuk ceramah yang paling PENTING. Kalau yang lain-lain tu tak berapa penting. Bolehlah nak tidur kalau tak nak ilmu. Sangat penting, sebab ramai yang silap bila membuat urusan prosedur perkahwinan dengan pejabat agama. Boleh saya katakan it's too worth for you to jot down the important things. Perkara yang sudah mudah, jangan disusah-susahkan.

Rehat 10.30 - 11.00 pagi: Sarapan

Ceramah 2: Akhlak Suami Isteri & Bentuk-bentuk  Hubungan Dalam Sistem Kekeluargaan Islam

Memang lawak betul ustaz yang bagi ceramah ni. Tak larat dah nak gelak. Apa yang boleh disimpulkan, terdapat 3 asas rumah tangga yang sangat penting.
  1. Aqidah
  2. Ibadah
  3. Akhlak
Rehat 1.00 - 2.00 petang: Makan tengah hari/Solat Zohor berjemaah

Ceramah 3 & 4: Pengurusan Kewangan, Masa Dalam Kekeluargaan Islam & Bentuk-bentuk Komunikasi Berkesan Suami Isteri.

Secara Umum, anda mungkin boleh membahagikan pendapatan anda kepada 3:
  1. 70% untuk keperluan asas (makan/minum, pakaian, pendidikan, tempat tinggal, kenderaan)
  2. 20% untuk kehendak & kemewahan (perabot, perhiasan)
  3. 10% untuk simpanan (digunakan untuk tujuan ibadah, kebajikan, derma, masa hadapan)
Ingin saya tekankan, duit itu penting demi mengukuhkan ekonomi rumah tangga. Namun, duit bukanlah segala-galanya. Kerana harta/duit, keluarga boleh porak peranda. Tepuk dada, tanyalah imanmu.

Pengurusan masa pula boleh dibahagikan kepada 8:
  1. Urusan rumah tangga
  2. Urusan pekerjaan
  3. Rekreasi bersama keluarga
  4. Istirehat (bukan isteri rehat, suami keluar merayap)
  5. Ibadah
  6. Masa untuk perhatian buat keluarga (Bimbingan, nasihat, perbincangan keluarga, gotong-royong, sambutan hari lahir, ulang tahun perkahwinan. etc.)
  7. Kebersihan diri & persekitaran
  8. Kebajikan
 
 [source]
"Miscommunication"- bak kate Ucop Wilcha. Jangan ler bakor page blog ni. Huhu..
Komunikasi suami isteri pula harus jelas. Tiada selindung-selindung. Trust each other. But you have develop the trust. And trust is a gain. Komunikasi berkesan memerlukan tempoh yang panjang. It's a long term process. Lain orang, lain ragamnya.

Bagi mereka yang masih belum tahu, saya sarankan anda supaya membaca buku pak cik John Gray.
Dalam buku ni banyak menceritakan perbezaan lelaki & wanita. Cara pemikiran lelaki & wanita yang terlalu banyak bezanya. Buku ini sepatutnya dihabiskan & dihadam sebelum anda semua mendirikan rumah tangga.  Versi Bahasa Melayu juga sudah ada. Tiada masalah bagi mereka yang tidak begitu memahami English. 


Can download pdf version here
Buku ini telah dicadangkan bacaannya oleh Ustaz Hasrizal.


Secara ringkas, 


"Fikiran, keputusan dan tindakan seorang lelaki banyak dipengaruhi oleh logik dan rasional akal. Lelaki lebih selamat untuk dipertanggungjawabkan pada urusan-urusan yang perlu diputuskan dengan rasional dan bukan emosi. Maka saya akur pada ketetapan Allah yang menyerahkan persoalan Talaq di tangan lelaki. Maka lelaki yang lemah rasional dan sering emosional dalam kehidupan, adalah lelaki yang kurang kelelakiannya.

Namun, lelaki lemah emosi. Kelemahan itu menjadikan lelaki kurang sensitif dalam membaca bahasa emosi perempuan. Kekurangan daya emosi itu juga mungkin menjadi punca lelaki sukar melakukan perkara rutin dalam sebuah rumahtangga. Tanya sahaja seorang perempuan, berapa kali dalam hidupnya dia menyapu sampah, membasuh tahi di punggung anak, mengemas rumah dan memasak. Perempuan boleh melakukannya dengan rasa sejuk dan biasa, manakala lelaki terpaksa bermujahadah untuk membiasakan diri dengannya.

Perempuan yang dikurniakan Allah dengan kekuatan emosi berbanding logik dengan nisbah 9:1, menjadikan mereka guru terbaik pada membentuk anak-anak, khususnya di peringkat pra sekolah." - dipetik dari Ustaz Hasrizal


Ceramah 5: Pengurusan Stress & Konflik Rumah Tangga


Waktu ini saya sudah tepu kerana hampir seharian mendengar ceramah walaupun ceramah diberikan oleh Big Boss pendaftar nikah Negeri Selangor. Tak banyak yang dapat. Pengurusan stress boleh rujuk pada pamphlet yang biasa diedarkan di hospital atau klinik kesihatan. Jika terdapat masalah dalam rumah tangga, ber-KOMUNIKASI-lah cara baik. Cari jalan penyelesaian bersama. Bukan mencari kesalahan. Hidup akan lebih bererti jika kita memberi. Memberikan yang terbaik. InsyaAllah. Allah jualah sebaik-baik pembalas.
"Erti Hidup Pada Memberi" - Ustaz Hasrizal
Dalam keadaan otak yang sudah tepu, masih sempat lagi ambil sedikit tips bahagia rumah tangga Rasulullah, contoh ikutan terbaik di dunia:

  1. Solat Jemaah suami isteri (at least, satu waktu solat)
  2. Makan masakan isteri - Tips: Cik isteri, kalau masak tu, bacalah ayat. Mudah sahaja zikirnya. Bacalah "Ya Latif". Moga-moga lembut & lunak hati ikut perintah Allah. Tapi ini bukan bermakna suami boleh goyang kaki. Haruslah tolong-menolong menguruskan rumah tangga. InsyaAllah bahagia. Jika isteri sudah masak, suami tolong basuh pinggan mangkuk & kemaskan dapur. Baru nampak sweet gitu.


    via alohafreak

    Day 2

    Ceramah 6: Peranan Aqidah & Ibadah Dalam Kehidupan Suami Isteri

    Alhamdulillah, perkara yang sama diulang-ulang. Masih teringat kerap kali disoal di dalam "circle". Jazakallah to my Abe Ajit. Aqidah & Ibadah adalah perkara yang basic yang nak tak nak perlu ambil peduli. Apa itu Islam? Apa itu iman? Apa itu ehsan?

    Antara punca penceraian yang hebat di Negeri Selangor adalah disebabkan pasangan yang tiada pegangan agama yang mantap. Dalam erti kata lain, aqidah tak berapa nak kuat. Harus diingat, aqidah akar bagi iman seseorang. Jika kuat akarnya, maka kuatlah keyakinan pada kalimah Allah. Maka, wahai para bakal ibu & bapa sekalian, tanam aqidah yang mantap dalam jiwa anak-anak. 

    Ceramah 7: Perkhidmatan Rundingan & Prosedur Permohonan Talaq, Takliq, & Fasakh Isteri

    Sabda Rasulullah S.A.W:
    "Perkara Halal yang dibenci oleh Allah ialah penceraian"
    (Riwayat Abu Daud & Ibn Majah)

    Sesi ini lebih kepada prosedur penceraian. Apa yang penting, jangan lakukan proses penceraian di luar mahkamah. Jika ada masalah, berjumpalah dengan kaunselor di pejabat agama.

    Rehat 1.00 - 2.00 petang

    Ceramah 8: Pengurusan Kesihatan

    Sesi yang paling best. Mungkin sebab saya adalah pelajar perubatan? Owh..tidak jugak.

    Sesi ini membincangkan pengurusan kesihatan zahir mahupun batin dalam perkahwinan. Kena dengar sendiri baru best. Taklimat mengenai HIV, penyakit kelamin & ujian Thalassemia ada diberi. Ujian HIV adalah wajib bagi setiap pasangan yang ingin berumah tangga. Ujian Thalassemia adalah option. Saranan saya, sila lakukan ujian Thalassemia. Ini untuk kebaikan anda juga di kemudian hari. Saya sudah lakukan ujian Thalassemia semasa berada di tahun 4 pengajian. Keputusan? Alhamdullillah, negative. And I'm not a carrier. Ujiannya mudah sahaja, ambil darah dan tunggu keputusannya dalam masa 1-2 minggu.
    "We, Asians, are thalassemic until proven otherwise"


    Ini apa yang saya belajar. OK...OK.. apa itu Thalassemia? Secara mudah, Thalassemia adalah penyakit keturunan yang menyebabkan kekurangan penghasilan globin dalam darah.  Thalassemia boleh dibahagikan pada 2 bahagian: minor (carrier) & major (full blown Thalassemia). Antara symptoms & signs Thalassemia adalah kurang tenaga/lemah (anemia), kuning (jaundice), masalah tumbesaran, pembengkakan hati & limpa, & masalah tulang (frontal bossing on face). Jangka hayat pesakit Thalassemia adalah lebih kurang 40+/- dengan bantuan ubatan-ubatan & pemindahan darah (blood transfusion). Zaman dulu-dulu, semasa ubat iron chelator tiada, jangka hayat hanya di bawah umur 20 tahun. Kos perubatan bagi seorang pesakit Thalassemia adalah lebih kurang RM 20K setahun.

    Lihat pada gambar di atas, Thalassemia boleh berlaku apabila ibu bapa (carrier) berkahwin. Peluang untuk mendapatkan anak Thalassemia untuk setiap kali mengandung adalah 25%. Peluang untuk mendapatkan anak Thalassemia minor adalah 50%. 

    Lihat pula gambar di atas ini. Jika hanya seorang sahaja carrier (ibu/ayah), peluang untuk mendapat anak Thalassemia major adalah 0%. Lihat, betapa pentingnya anda lakukan ujian Thalassemia. 
    Dan paling penting membuat keputusan, jika mahu meneruskan perkahwinan atau tidak.


    Kemudian, terdapat sedikit video bagaimana ibu melahirkan anak (Normal & C-sec). Bagi mereka yang tak mampu melihat, adalah dinasihatkan supaya pejamkan sahaja mata anda. Terdapat juga kes mereka yang pengsan. Bukan perempuan, tetapi LELAKI! Buat bakal-bakal ayah, lihatlah dengan mata hatimu. Seksa sungguh melihat ibu melahirkan anak. Supaya engkau merasa kasihan pada ibu & isterimu nanti. Untungnya bagi mereka suaminya doktor. Yang punya pengalaman di bilik bersalin. Moga-moga dengan pengalaman itu si suami lebih mengasihani sang isteri. Bagi mereka yang bukan doktor, silalah masuk ke bilik bersalin memberi sokongan moral pada isteri anda nanti (tidak semua hospital membenarkan suami berada di sisi). Bagi kaum Hawa, jangan pernah takut untuk melahirkan anak yang ramai, walaupun sudah ditunjukkan bagaimana vaginamu dipotong sedikit (episiotomy) untuk memudahkan anakmu dikeluarkan. Syahid menantimu dihadapan!
    Pernah melakukan episiotomy suatu ketika dahulu semasa berada di Obstetric posting. Oh, cik Nurse kata saya buat cantik.

    Poligami

    "Wahai orang-orang yang beriman! Lindungilah dirimu & ahli keluargamu dari Api Neraka. Ia dijaga & dikawal oleh Malaikat yang amat keras & kasar sifatnya. Mereka tidak pernah derhaka pada Allah, malah sentiasa melaksanakan apa yang diperintahkan-Nya pada mereka" [At-Tahrim: 6]

    Suatu ketika status di fB Terfaktab berbunyi:
    gua nak bagitau ni; sayang macam mana lu pun dengan gf/bini lu, tapi kalau lu tak mencuba/praktik berbini dua, tiga, empat. lu tak layak di gelar lelaki macho."
    Jawapan gua:
    Berbini satu pun belum tentu boleh handle. Kahwin 2,3,4? Silakan. Gua mahukan satu bini dgn package 4 in 1. Bercinta sampai syurga. 70 bidadari menanti di syurga dgn isteri sbg ketua bidadari. Ini baru macho! (15 people like this, which turns out the most highest like by the people)
    Mungkin buat mereka yang mahukan poligami boleh mula membaca sebuah buku bertajuk "Dengan satu isteri aku bernikah". Sebuah buku karangan penulis Indonesia. Poligami tidak semudah yang kita semua mahukan. Lihat sahaja Rasulullah di saat wafatnya baginda, masih bergilir-gilir tidur di rumah isteri-isteri baginda. Sehingga baginda meminta kebenaran pada isteri-isteri baginda untuk tinggal di rumah 'Aisyah. Anda mampu berlaku adil & membimbing orang-orang di bawah anda ke syurga? Silakan. 

    Penambah Baikan Kursus

    Bagi saya, penambah baikan yang boleh dilakukan adalah dengan memasukkan elemen "fiqh wanita" yang tiada pada kursus ini. Saya yakin, masih ramai antara kita yang kurang mahir selok belok fiqh wanita. Bagaimana dengan solat yang baru suci dari haid? Berapa hari sepatutnya haid bagi seorang wanita?


    Yes! Yes! Dah boleh kahwin!!!

    Konklusi

    Buat bakal-bakal suami & isteri (yang dah berkahwin pun boleh), rajin-rajinkan diri anda untuk membaca buku-buku ini:

    1. Men are from Mars, Women are from Venus - John Gray
    2. Aku Terima Nikahnya (3 Jilid; tapi sudah ada versi 3 in 1) - Ustaz Hasrizal
    3. Wasiat Luqman Al-hakim - Ahmad Hassan
    4. Kitab Bahru Mazi - lihat bab hubungan suami isteri
    5. Ku Pinang Engkau Dengan Hamdallah - Mohammad Fauzil Adhim



    Versi pdf pun ada

    Dan lagi....

    Nota Kaki 1: Maaf la entry lambat nak siap, sebab MacBook dah jadi public sejak cuti ni -.-"

    Nota kaki 2: Apa pun, thanks sebab sudi baca entri ni. Double thanks kat sesiapa yang baca blog ni sambil tungkat dagu & kepala guna tangan kiri.

    To my future-wife-to-be, I will never stop running, until you're mine :)

    Wednesday, May 4, 2011

    Saham Bank Rakyat

    Assalamua'laikum semua buat pencinta blog den terutama gadis-gadis, tak kisah la GEDIK ke tak..haha


    Den cakap biaso la yo. Malas nak tulih loghat nogori. Takut ekau semuo tak paham.


    Semalam merupakan tarikh bersejarah buat den. Den dah berjaya beli saham. Saham pertama dalam hidup den. Jutaan lemon terima kasih buat Bank Rakyat kerana masih sudi memberi saham kepada den.
    Ok…ok..ok.. Mungkin ada di antara ekau semua ni tak berapa faham apa & kenapa perlu beli saham ni?


    Saham/Syer/Share


    Sebenarnya, den pun tak tahu macam mana nak eja syer/share tu. Tapi biasanya BM panggil saham. Saham ni kalau bahasa mudahnya adalah pelaburan. Kita laburkan sebahagian dari duit yang kita ada pada pihak pelabur. Biar para pelabur ni gunakan duit kita dan keuntungan hasil dari pelaburan tu akan diberi kepada para pelabur.

    Pening ke tengok perkataan melabur tu? Apa la labur, melabur, pelabur…Baik pergi melabur kat jamban je. Aaahhh, lega. Jangan lupa "flush".



    Baby pun pandai melabur

    Senang cerita kita beri duit pada pihak tertentu untuk digunakan dalam perniagaan mereka ni. Hasil keuntungan akan diberi pada kita atau lebih dikenali dengan panggillan dividen. Dividen ni diberi setiap tahun. Ianya bergantung kepada kadar keuntungan. Kalau saham bank rakyat ni dia akan bagi dividen sebanyak 15%. Banyak kan? Kan? Lagi banyak dari Amanah Saham Bumiputera (ASB).

    Kenapa perlu beli saham?


    "soalan sy yg bank rakyat ni xde cop pe tah kan? so kalau anything happens, bank negara x tanggung? bankrap? cth lain. cam darurat ke (nau'zubillah)" -Miss Y, YB fakulti den

    Den pasti ramai yang takut dengan risiko dengan beli & main saham ni. Ye, hidup ini penuh dengan risiko. Keluar rumah je dah bermacam-macam risiko. Risiko kene langgar, kene ragut, kene rompak, kene r*g*l (tambah-tambah yang suka seksi meksi)…risiko kene kacau, kene ngorat (kalau korang rasa korang "hot" la). haha..

    Risiko tetap ada dimana-mana. For your info, Bank Rakyat ni bawah kerajaan Malaysia. Means ada guaranty. You'll get back your money if anything went wrong.

    Den nak korang faham bahawa pada waktu & ketika ini saham Bank Rakyat ni dikira sebagai saham koperasi. Belum lagi "listing" dalam board KLSE tu.

    Mesti korang semua tak fahamkan apa kene mengena kalau saham tu being listed on KLSE? Bila sahaja saham ni dah berada di KLSE, maka harga satu unit saham tersebut bukan lagi 1 unit = RM 1 seperti sekarang. Mungkin lebih mahal. Ketika sudah "listing" di KLSE, jika anda berhasrat mahu menjualnya kembali, silakan, tepuk dada tanya iman masing-masing. So, sekarang ni Bank Rakyat beri belian maksimum RM 500 seorang = 500 units. Untung bukan? Cuma den nak ingatkan, bila dah "listing", non-Bumi pun boleh beli & kita kena buka investment account. Tak mahal, RM 10 sahaja. Ekau tau je la diaOrg ni. Pantang nampak peluang. Yang Melayu ni macam biasa la, tak mahu ambil peluang.




    Teringat bangun pukul 4 pagi untuk dapatkan free McD breakfast. Most of them are Chinese. They take chances.

    What the hell is with the unit-unit ni? Tak faham.

    Apa yang den tau, 1 Lot = 1000 units. You can do your own calculation.

    Contoh:
    Beli, 1 Lot dengan harga RM 1000. Bila dah "listing", 1 unit = RM 3
    Jual, 1 Lot = 1000 units x RM 3 per unit = RM 3000.
    Untung atas angin, RM 2000. Sudah boleh beli iPad 2. Tak pun cukupkan duit kahwin.


    Who wants iPad 2?

    "bkn ke org maen saham mmg berisiko utk rugi?"- Miss AJ

    Risiko untuk rugi sentiasa ada dalam jual beli saham. Tapi siapa yang tak mahu dividen 15%. Lebih tinggi dari dividen KWSP & ASB.

    RM 500 x 15% = RM 75.


    Nampak sikit, tetapi korang boleh apply untuk beli saham tambahan. Letaklah dulu untuk tambah RM 5K. Bila HQ dah luluskan permohonan, boleh letak berapa yang kita mampu. Kalau mampu isi RM 1K, isikan sahaja.

    RM 1000 x 15% = RM 150


    Nak lagi banyak kene isi lagi banyak. You do the math.


    Status Halal


    Usah ragu, kerana Bank Rakyat mengamalkan perbankan Islam.


    Jom ke Bank Rakyat!

    Syarat-syarat pembelian saham Bank Rakyat.

    1. Individu
    • Berumur 18 tahun ke atas
    • Bumiputera beragama Islam
    • Bumiputera bukan beragama Islam
    • Bukan bumiputera beragama Islam
    • Tidak muflis
    • Tiada tindakan mahkamah telah diambil terhadap pemohon
    • Tidak pernah disingkir dari menjadi anggota dibawah Akta Koperasi 1993
    2. Koperasi
    • Semua koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.
    Apa yang korang perlukan?
    1. Salinan IC depan belakang.
    2. IC
    3. Borang pembelian saham (dapatkan di Bank Rakyat)
    4. Duit. RM 505.00

    Apa lagu tunggu?! Cepat dapatkan saham Bank Rakyat ni. Setiap hari di branch Bank Rakyat ni, dia offer untuk 90 orang sahaja. Bergantung pada tempat juga.

    "bank rakyat bangi offer 80 org je per day"- Sukiman Suparjo, [Wartawan Gen2 TV]


    Bank Rakyat, boleh ke den dapat sikit komisen?
    Selamat Membeli Saham :)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...