Showing posts with label Books. Show all posts
Showing posts with label Books. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Review: Kasino

Assalamua'laikum.

! : Sila scroll ke bawah sedikit dahulu untuk loading pautan lagu. - Dark Knight.


[Sumber] Buku FIXI Kasino versi online



[Sumber] Buku FIXI Kasino versi jualan di kedai-kedai buku
Aku beli di kedai sahaja sebab tak suka pada caj penghantaran.

Beli online gambar kulitnya lebih berasap. Jangan lupa bahaya rokok yang mempunyai lebih 4000 bahan kimia berbahaya. Cuma, untuk rokok duit ni aku tak pasti. Yang pasti jangan bakar duit anda dengan cara ini. Penat kerja, lepas tu bakar macam tu aje.

*****
Mohd Narcissus Yussof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar.  Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.


Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat.  Lebih parah, dia kini terhutang RM3.8 juta kepada kerajaan negeri.  Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke badan pencegah rasuah.


Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa.  Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit.  Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.


*****


Amaran! : Sila baca novel Kasino ini bersama internet di sebelah anda. 

Mengayuh jugak aku baca Kasino ni. Bukan apa aku dah makin sibuk sekarang. Banyak benda lain nak kena utamakan. Preparation untuk final year medical school bukan suatu benda yang boleh buat main-main. Korang doakanlah aku berjaya dalam final Pro exam nanti. Cukuplah sekali sahaja untuk aku lalui detik-detik exam paling agung dalam dunia. 


Mmmm-mmm... Lagu apa pulak nak bagi untuk kali ni? Oh, aku suka lagu tema Batman Dark Knight oleh Hans Zimmer. Rasa macam kena (kena sipi-sipi pun OK) dengan cerita Kasino. Berdebar-debar (palpitation) bila membaca sebab mahu tahu ending. Lagi-lagi part di Kasino itu sendiri. 





Pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah buat penulis Kasino, Saifullizan Tahir. Novel yang hebat. Awesome! Kali ini jalan cerita Kasino amat mudah. Ada 14 bab semuanya. 14 bab yang mana mengikut 14 hari. Ya, 14 hari untuk kumpulkan RM3.8 juta! RM3.8 juta untuk membayar kembali hutang kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri yang diterajui oleh pakatan pembangkang. Atau dihadapkan ke badan pencegah rasuah (SPRM) jika gagal. 


Berjaya atau tidak untuk Dato' Narcissus kumpulkan RM3.8 juta dalam masa sesingkat 2 minggu? Itu korang kena baca. Tak thrill untuk aku bocorkan rahsia. 


Aku katakan tadi korang perlukan internet disebelah semasa membaca novel Kasino ni. Kenapa? Novel Kasino ni sarat dengan barang-barang berjenama yang belum tentu kita semua kenal. Sebab tu aku katakan korang semua perlukan internet untuk Google nama-nama barang atau makanan yang ada dalam novel Kasino ni. Mula-mula baca sahaja aku dah mula panas. Panas sebab tak tau. Setakat sebarang dua barang-barang berjenama aku masih kenal lagi. Sebut barang Apple boleh kata aku kenal (mula kenal sejak Form 4). Sebut Braun Büffel aku masih boleh kenal. Mungkin sebab aku pernah masuk kedai tu. Tapi jenama Braun Büffel tak di sebut dalam Kasino. 


Yang disebut dalam Kasino macam MacBook Pro, MacBook Air, iPhone 4, BlackBerry (Beri Hitam dalam Bahasa Melayu), Tiffany & Co., jam tangan Rolex Steel Oyster Perpatual Submariner, wain vintage Mouton Rothschild 1947, wain William Fevre Chablis, Zara dress, LV clutch, Polo T-Shirt by Ralph Lauren, Banana Republic, Levi's, Porsche 911 Carrera GTS, Ferrari, VolksWagen Golf, BMW 325i, Wayfarer (Ray-Ban Wayfarer), beg Andy Hindmarch, kasut Jimmy Choo, Max Mara, Karen Miller, cerut Cohiba, Gianfranco Ferre, Tom Ford, DKNY perfume, Dior, Roberto Cavalli, clutch Chanel, Miu Miu, Prada, Alain Figaret, DFV, Escada, kad kredit Platinum (bukan Gold. Gold bawah sikit dari Platinum), Judith Leiber, Roger Vivier, bola golf Titleist Pro V, kasut golf Footjoy, kemeja Nike TW, seluar J. Linderberg, Versace, jeans Alexander McQueen, Visol cigar lighter, Brooks Brothers, arak jenama JD, Chivas, Vodka, Jack Daniels, Evian, basikal lumba Cervelo S1, Dolce Gabbana, Stella McCartney, Hugo Boss, Creed perfume,  sepatu Salvatore Ferragamo, Ermenegildo Zegna, Zero Halliburton, Diane Von Furstenberg, jeans 7 For All Mankind, Christian Loubutin, L'Occitine, Vidal Sassoon, & tidak lupa juga barang dari Sweeden - IKEA.



Jangan tertipu dengan permainan dunia



Tolonglah jangan minta barang hantaran yang jenama pelik-pelik & mahal :)

Aku malas nak edit elok-elok kebesaran saiz gambar di atas.









Fuuh... Letih nak senarai. See? Korang rasa korang perlukan pak cik lebai Google tak? Aku perlu. Aku perlukan pak cik lebai Google untuk berkenalan dengan jenama-jenama ni semua. Aku sukar nak bayang bila baca dengan benda yang kita tak tahu & tak faham. Macam baca buku medic. Boleh ke nak faham tentang Stroke tanpa faham bagaimana Stroke boleh berlaku? Kat mana berlaku? Salur atau pembuluh darah mana yang terlibat? Neurons bahagian yang terlibat? - Medical Student sekarang untung sebab punya pak cik lebai Google, Wiki untuk rujuk. Tapi kena hati-hati dengan fakta. Kita semua belajar perlukan pada guru/cikgu. 


Jadi bagaimana nak kumpul RM3.8 juta dalam masa 2 minggu? Ikut tajuk sahaja sudah tahu. Apa lagi kalau bukan Kasino. Kasino tempat memperjudikan nasib dengan berjudi. Mungkin ada lagi cara lain. Tapi untuk kali ini, penulis membawa pembaca ke alam Kasino untuk mendapatkan RM3.8 juta. Kalau korang masih ingat Matematik sewaktu belajar di sekolah menengah, ada satu tajuk Probability. Atau bila dialih ke Bahasa Melayu menjadi Kebarangkalian.  Korang rasa dengan berjudi kebarangkalian korang akan jadi kaya ada berapa peratus? Bijak! 50 %. Korang akan ada 50 % untuk jadi kaya dengan sekelip mata (berkelip-kelip juga mata tu bila main untuk menang judi). Jangan lupa korang juga ada 50 % peluang untuk jadi papa kedana juga dalam sekelip mata. Cuba fikir secara logik, dalam dunia ni ada ke orang nak bagi duit secara free/percuma? Alangkah bahagianya jika ada. Itu hanya fantasi. Khayalan. Hakikatnya, kita semua perlu keluar cari rezeki. Orang yang bina Kasino juga bijak. Pasti ada muslihat untuk elakkan rugi. Buka business untuk rugi tak kan pernah ada dalam kamus manusia.



Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.”

 (Surah al-Ma’idah ayat 90) 

Sekarang korang sudah jelas bahawa judi, arak, tilik nasib, & sembah berhala itu haram buat Muslim. Sekurang-kurangnya aku telah sampaikan sepotong ayat. Buat mereka yang bukan Muslim, mereka ada pegangan mereka sendiri. Kita sebagai Muslim, Tuhan beri panduan. Manual hidup di depan mata. Quran di depan mata. Tinggal untuk ambil, baca, berguru untuk belajar Quran & amal. 

Aku bukan suka-suka pergi buat senarai barang-barang berjenama kat atas. Lihat sahaja barang berjenama & sudah pastinya mahal akan membuka mata korang bahawa novel ini membawa kita kepada dunia golongan elit. Golongan mereka yang punya banyak wang. Tapi jangan lupa bahawa mereka yang punya banyak wang masih ada lagi yang hebat. Ikut perintah Tuhan, & tinggalkan apa yang Tuhan larang. Banyak menderma & bantu golongan susah. Mengimarahkan masjid. Aku tertarik dengan sikap Dato'  Narcissus. Seorang yang pentingkan solat. Sekurang-kurangnya aku gembira untuk melihat sekelumit iman yang masih ada dalam hati Dato' Narcissus ni walaupun dia seorang yang suka minum arak (Subuh dia memang kantoi). Suka minum wain. Main judi (tapi dia ni bukan tahi judi tau). Main perempuan. Rasuah. Aku juga rasa sedikit bangga dengan anak kelahiran Johor ni. Umum tahu anak-anak Johor memang wajib untuk bersekolah agama. Perkara yang aku sangat respect sejak aku dari kecil (jiran aku dulu orang Johor. Selalu cerita tentang sekolah orang Johor. Kawan yang rapat dengan aku juga orang Johor). Minum arak, berjudi, main perempuan, masih punya kekuatan untuk tunaikan solat. Tuhan masih sayangkan Dato' Narcissus. Masih belum dapat penyakit hati (liver cirrhosis) kerana suka minum arak. Masih belum dapat penyakit kelamin (Sexual Transmitted Diseases - STDs) atau HIV kerana main betina. Mungkin kita semua juga pernah tertanya-tanya kenapa solat tidak mampu untuk mencegah dari perbuatan mungkar? Itu semua kena berbalik pada hati kita. Niat kita. Kita solat tunggang-tunggik bukan semata-mata kerana tunai suruhan Tuhan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk kita ini 'alim. Kita solat supaya kita punya rasa bahawa Pencipta kita sedang memerhatikan setiap gerak-geri. Setiap langkah-langkah kita. Hadirkan sifat Ihsan dalam diri kita semua. Ikhlas dalam hidup. Capai matlamat hidup untuk dapatkan redha Tuhan. Bagaimana? Dengan Taqwa. - Takutkan Tuhan. Buat apa yang Tuhan suruh. Dan tinggalkan apa yang Tuhan larang. (Khatib yang memberi Khutbah Jumaat sudah pesan tiap-tiap minggu tanpa jemu). 

Aku harap mereka yang mendapat gelaran Dato' atau apa sahaja darjah kebesaran dari Sultan dapat beri contoh yang baik buat masyarakat & generasi seterusnya. Mereka punya kehormatan dalam masyarakat. Lagi-lagi masyarakat Melayu. Tak molek jika masyarakat punya persepsi skeptikal bahawa Dato' ini adalah orang yang kaya, tahi judi, kaki betina, rasuah & kaki botol. Tapi tak nanti dapat Dato' untuk buat semua-semua ni. Asal ada duit, semua boleh. 

Aku suka cara pembawakan bahasa dalam Kasino. Bahasa yang digunakan seronok untuk dibaca. Dibaca & dibaca sehingga habis tanpa sedar. Lebih-lebih lagi bila sampai part di Kasino. Perlu aku ingatkan sekali lagi untuk korang standby internet kat sebelah untuk buka Wiki. Atau untuk lebih mudah tengok sahaja video di bawah. Ada banyak lagi video untuk tengok di YouTube. Search sahaja. Pasti berlambak keluar. Video ni kurang dari 2 minit. Kali ni perlu belajar serba sedikit Baccarat game. Bukan untuk belajar berjudi. Tapi untuk faham game Baccarat.


Apa itu Croupier? Apa itu Banker? Apa itu Shoe? Apa itu player?



Watak-watak dalam novel Kasino juga menarik. Ada Anwar Ibrahim, Tun Dr M, Bik Mama. Juga perempuan betina senggama Dato' Narcissus seperti Dolly, Salmah, Mageedah.

Kalau mahu beri rating, aku berikan 4.5/5 untuk Kasino. Tak boleh nak kasi 5/5 walaupun rasa patut bagi 5/5. Sempurna sangat kalau aku beri 5/5. 

Itu sahaja repekan dan bebelan aku kali ini tentang Kasino. Cekik aku baru baca separuh jalan. Tidak kurang hebatnya Cekik ni. Apa lagi tunggu? Setakat baca review ni korang tak kan capai feeling tahap maksima. Dapatkan Kasino (beli/pinjam/sewa) dan aku ucapkan selamat membaca!

Click butang like diatas untuk share dengan rakan-rakan maya anda di Facebook. Tweet & teruskan re-tweet (RT) buat pengguna Twitter.


Nota Kasino:

  1. Cara lain nak jadi kaya cepat yang biasa kita dengar adalah dengan menjual dadah. Memang cepat. Tapi cepat jugak kena tangkap dengan polis & kena hukum gantung sampai mati. 
  2. Ada masa untuk dibuang nanti aku review pulak Cekik. Tak janji.
  3. Aku akan mulakan tahun akhir sebagai final year medical student bermula 11 Julai 2011. Jangan lupa doakan kejayaan aku. Aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat.
  4. Terima Kasih buat semua yang terlibat pada Kem PPD minggu lepas. Terutama Prof yang banyak berkorban masa & tenaga untuk organize Kem PPD.
  5. Buat mereka yang akan berkahwin hujung minggu ni, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru! Semoga bahagia sampai syurga.


Selamat berhujung minggu semua!




Tuesday, June 28, 2011

100 KM Mencari Sperma Cinta, Kasino, & Cekik

Assalamua'laikum.


Hello to all my lovers.

Well, sebelum aku cerita membebel panjang kali ni, jom layan sebarang dua lagu Alleycats: Di Tengah Kota sambil-sambil baca, sebab aku dah penat berjalan merempit lebih 100 KM hari ni. Terima Kasih yang tak terhingga buat motor kapcai Y125 Z aku. Alhamdulillah. Penat tapi puas.


*****
Subang - Ampang - Shah Alam - Subang

*****

Asalnya hari ni, aku ada Special Study Module (SSM) presentation di fakulti, Ampang. Pagi-pagi pukul 8 aku dah bersiap. Kelas start jam 9. Enjin motor di hidupkan & bermulalah episod merempit lebih 100 KM hari ni. Aku sampai pun just nice. Tak lambat macam janji Melayu. Orang Melayu biasanya 30 minit lambat


Tahniah buat kawan-kawan aku yang telah berjaya present dengan baik hari ni. Takziah juga buat Syed, sebab Facebook dah kena hack dengan budak-budak nakal genius kat iPad 2 ko.
Nasib Dekan takde tadi

Lepas je habis presentation pukul 12 tadi, terus ke rumah makcik aku kat Ampang sebab nak bagi barang. Dah selesai, terus pecut ke Shah Alam Convention Center (SACC). Jauh tak jauh sampai nak naik cramp jugak tangan aku nak pulas throttle. Tapi semangat nak dapatkan buku membuat aku sanggup meredah lautan highway. Berpeluh tu tak payah cerita la. 

Inilah hasilnya :)


Asalnya mahu cari Kasino, Pecah, & Sperma Cinta sahaja. Tapi dah terjumpa buku lain. Pokai-pokai. Nasib la ada diskaun sedikit sebanyak. Buat peminat buku Hlovate, memang bagus kalau beli sekarang. Sebab dapat harga yang sangat murah. Memang tak dapat ah kalau beli kat luar. Buku aA + bB tu aku beli RM 14 je. Buku ABCDE Hlovate tu aku beli RM 10 je. Diskaun 30% untuk buku terbitan JS. Uiihhhh...tak sabar aku nak baca. Kalau sempat aku review sekali nanti.
Buku ISRAEL kuasai dunia tu aku beli dengan harga RM 34. Dapat diskaun 10%. Mahal sikit sebab kulit & kertasnya cantik & berkualiti. Banyak lagi buku-buku lain yang aku tengok. Buku agama pun banyak. Tapi duit aku dah kopak.





Di booth FIXI tadi, aku sempat jumpa dengan Encik Amir, CEO FIXI. Siap tolong sign sekali kat buku Rojak tulisannya. Terima Kasih! 


Rugi pulak rasanya tak ambil gambar dengan Amir tadi :(


Sebelum balik tadi layan Upin & Ipin beraksi bersama kanak-kanak. Hehe.. Nak je aku naik atas pentas tu sekali.

See? Penat giler dah wei aku merempit hari ni yang sah-sah lebih 100 KM. Naik kereta lain. Kereta ada air-cond, radio, mp3 bagai. Aku hanya ditemani iPod sahaja. Aku tahu bahaya tapi pasang lagu perlahan-lahan je. Awek Bini kat belakang takde lagi nak teman aku naik motor sekali. Ehem. 

Apa lagi tunggu? Cepat-cepat lah pergi ke SACC, Shah Alam. Orang Shah Alam wajib la pergi kan? Sebab dekat sangat dah tu. Bawak anak-anak supaya cintakan ilmu. Moga-moga ada manfaat.

Penat dah aku membebel. Nak tidur sekejap. Kejap lagi bangun nak kemas-kemas barang untuk Kem PPD selama 4 hari bermula Rabu hingga Sabtu. Layan je la kem ni.

Esok aku merempit balik ke fakulti di Ampang sebelum bertolak ke Kem. Dengar kata di Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Doakan keselamatan aku. Sambil-sambil ada dalam bas nanti aku dah benda nak baca. Aku plan nak baca Kasino & Sperma Cinta sebab dapat review yang bagus daripada pembaca.

p/s: 
Ada akak di SACC tadi tanya: "Dah ada anak?" (Sebab nak jual buku kanak-kanak). Tak sempat aku jawab dia dah jawab. "Awak ni muda lagi. Anak pun takde". (Aku ada anak tekak je sekarang). See? Muka aku tetap maintain muda (& handsome) walaupun umur aku dah 24 tahun. Masa kat Stadium Terengganu hari tu pun, ada pak cik polis ingat aku ni budak sekolah. HAHA. Nasib la.

Balik tadi ternampak gadis-gadis bertudung labuh (bukan tudung bulat). Whoa. Itu memang taste aku. Nampak sangat sopan.

Edit post sikit:

Akulinglung, penulis buku Sperma Cinta tweet aku. Terima Kasih! :)


Lejen tak lejen la kan. Sampai rasa sakit testis bila duduk lama-lama atas motor. Apalah nasib sperma gua.

Semoga selamat semuanya. Ameen!



Friday, June 24, 2011

Review: Pecah, Kougar, Dendam

Assalamua'laikum.




AMARAN!: Hanya sesuai untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja. Read at your own risk. 

Hello to all freak readers.

Masih ingat lagi cerita Gila Buku aku yang aku ceritakan? Kalau dah lupa, bacalah balik.
Alhamdulillah.
Aku berjaya habiskan membaca ketiga-tiga novel ni. Membaca pun tidaklah laju mana sebab banyak urusan dirumah aku ni yang perlu settle. So, priority membaca novel adalah paling bawah sekali. Tapi, bila sudah start baca, faham-faham sahajalah. Susah nak berhenti. Nak terkencing sangat tu, aku berhentilah. 

Aku tersangkut baca novel-novel FIXI ni selepas tertengok ulasan buku-buku ni di sebuah blog. Menarik. Aku suka cerita yang membongkar realiti kehidupan manusia. Mungkin sahaja aku ini orang yang sensitif pada alam sekitar.

Secara keseluruhan, aku berpuas hati. It's really worth the money. Plus, I've got the discount last time. Boleh aku katakan bahawa hidup ini bagaikan sebuah Opera. Kita adalah pelakonnya. Bila baca sambil layan lagu Wings, kena sahaja dengan novel yang tengah dibaca. Sebuah lagu M. Nasir & aku memang meminati karya-karya M. Nasir. Ya, Opera Hidup. (Tajuk asal untuk entri ni. Aku tukar sebab objektifnya aku nak review novel-novel ni). Jalannya kita yang pilih. Kita yang susun. Qada' Qadar wajib kita percaya.

Anda mahu lagu? Anda mahu lagu rock? Sambil-sambil baca tu, boleh layan lagu ni. Tak nak dengar pun takpe. Hayati bait-bait lirik lagu ni kat bawah. 


*****
Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Muzik hidup bergema
Aksi insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya

*****
Lebih ringkas lagi untuk aku katakan bahawa dalam ketiga-tiga novel ini temanya adalah harta, pangkat, kuasa, & juga nikmat paling agung iaitu seks. Ya, harta, pangkat, kuasa, & seks. Perkara yang selalunya mengelilingi kehidupan manusia. Kita cuba lari sejauh mana pun, tetap akan bertemu. Bagaimana cara untuk kita capai, kita pilih. Kita tentukan. Jalannya hanya dua cabang. Halal atau Haram.

Bagi aku, novel-novel ni sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas je kot. Benda-benda dalam kelambu ni tak elok expose kat budak-budak bawah umur. Lebih-lebih lagi yang akidah & iman tak kuat. (Pendapat je ni. Jangan serang aku pulak).

#1: PECAH


*****

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.

*****

Aku mulakan dengan novel Pecah karya Khairunizam Bakeri (Twitter: @nizambakeri). Seperti yang aku katakan di entri Gila Buku, jalan cerita sangat menarik. Penulis berjaya membawa pembaca di waktu & zaman yang berbeza. Cerita yang di selang-seli dengan flashback. Permulaan ceritanya sahaja sudah menarik (boleh ke laman web FIXI untuk baca bab 1 bagi setiap buku). Dimulakan dengan cerita rompakan bank secara berkumpulan. Persis sahaja seperti filem The Town. Atau mungkin sahaja cerita Italian Job yang cukup popular sekitar tahun 2003. Tapi aku rasa lebih mirip kepada filem The Town. Penuh aksi. Bukan sahaja merompak secara berkumpulan tetapi mereka bijak menyamar untuk merompak bank. They're Pros. Mereka cuba untuk tidak tinggalkan bahan bukti semasa rompakan, tetapi apakan daya, salah seorang dari mereka (Alan) terkena tembakan. 




Novel Pecah akan difilemkan. Lihat sahaja bab permulaan. Penuh aksi. Aku yakin filem ini akan berjaya tambat hati penonton. Siapa yang korang rasa layak pikul watak-watak dalam Pecah? Aku rasa nak bagi Aaron Aziz (Herman) & Siti Saleha (Lidya). Perfect. Watak lain aku tak ada idea siapa.


Adegan diteruskan ke rumah Warga Emas. Rumah yang menyimpan seribu satu memori. Manis, pahit, kelat, masam. Semuanya ada. Memori yang menghantui kehidupan Bakar. Punya anak, Kazim & Kahar yang tidak mahu menjaganya. Akhirnya dia jatuh sakit & dimasukkan ke Hospital. Di sebelah katil Bakar adalah Alan. Lidya, bekas jururawat menjadi jururawat di Rumah Seri Memori. Bukan sahaja jururawat, malah merangkap kekasih Herman, peguam yang menjadi perancang utama rompakan bank. Pergolakan keluarga yang menemukan Lidya dan Herman. Masing-masing punyai dendam untuk dilunaskan. 


Siapakah Lidya yang sebenarnya?
Kenapa Herman sanggup menanggung risiko untuk merompak Bank?
Apakah yang telah Bakar lakukan?
Siapakah Nora dihati Bakar?

Bakar jadi titik temu antara Lidya, Herman, Kazim, Kahar, & juga Nora.
Semua persoalan & rahsia akan pecah dalam novel Pecah.


Kosa-kata yang luas menjadikan Pecah antara yang menarik untuk dibaca. Lebih menarik apabila penulis suka meletakkan nama-nama makanan dengan penuh detail yang mungkin jarang-jarang kita dengar (sebab tak pernah makan). Contohnya: Whopper, Chicken Royale, Mediterranean Baked Fish, Manhattan Grilled Norwegian Salmon (salmon panggang dengan curahan sos herba bawang putih), Chicken of Liberty, Nasi Lemak J-Lo. Mungkin juga penulis adalah seorang yang kuat makan. :)



Watak yang ramai juga punya daya tarikan untuk pembaca. Aku tak rasa bosan langsung bila baca. Rasa mahu tahu itu sentiasa ada. Mahu tahu sehingga pecah segala rahsia, dendam kesumat yang ada. Penuh konflik. Sehingga ada yang baca berulang-ulang kali.


Ada masa lebih, boleh ulang. Aku hanya mampu baca sekali sahaja.

Mahu tahu lebih?
Aku serahkan pada korang untuk beli & baca. Aku tak mahu pecahkan rahsia keistimewaan novel ni lebih-lebih. Takut ter"spoil" mood bacaan korang semua nanti. Kepada yang nak beli novel keluaran FIXI, boleh beli secara online, ke Popular/MPH/Kinokuniya/Silverfish, atau pergi sahaja ke booth FIXI @ Pesta Buku Selangor di SACC 24 Jun hingga 3 Julai ni. Buku-buku FIXI yang rare juga boleh didapati.




#2: KOUGAR (COUGAR)



*****
Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.

Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang 
sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?

KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!

*****

Jalan cerita Kougar lebih mudah. Tiada flashback seperti Pecah.
Kougar membawa pembaca menyusuri kehidupan Kisha. Usia sudah menjangkau 40 tahun tapi masih bujang. Atau lebih tepat lagi dalam masyarakat kita, ANDARTU. Singkatan bagi anak dara tua. Oh, mungkin lebih elok jika aku katakan "anak dara" tua. Kehidupannya di bandar besar Kuala Lumpur boleh dikatakan baik. Tidak kaya, tidak juga perlu meminta simpati masyarakat untuk terus hidup. Kougar atau ejaan omputihnya Cougar (US Canad Slang, 2008) - membawa maksud a woman in her 30s or 40s who actively pursues casual sexual relationship with young men. Orang Melayu kata, wanita berumur yang suka pada lelaki-lelaki muda. Orang-orang sekarang panggil lelaki muda ni anak ikan. Mana dapat idea panggil anak ikan? Aku pun tak tahu.


Kisha sering sahaja bertukar-tukar teman lelaki - Azril, Dato' Emir, Razif, Yusri, Fiqri. Siapa lagi? Ibu Kisha di kampung sentiasa bising bertanyakan bilakah Kisha mahu berkahwin. Jika tiada calon, ibunya mahu menjodohkan Kisha dengan Razif. Seorang imam kampung. Pertemuan dengan Azril yang berumur 25 tahun membawa Kisha untuk lebih mengenali lelaki itu lebih dekat. Ditambah pula konflik apabila Dato' Emir mengajak Kisah keluar berfoya-foya & akhirnya dia terlanjur. Konflik demi konflik yang akhirnya membawa Kisha berkahwin dengan Razif si Imam kampung. Juga merangkap saudaranya sendiri. Penulis berjaya membawa pembaca untuk merenung sejenak bahawa dalam masyarakat kita ini ramai yang bersifat seperti talam dua muka. Atau kalau mahu kasar lagi, syaitan yang bertopengkan manusia. Bagaimana orang yang menjadi imam, dihormati dalam masyarakat bisa sahaja menyakiti isterinya sendiri? Ilmu agama kurang, barangkali. Kalau ilmunya banyak sekali pun, tanpa amal, ianya ibarat pohon yang tidak berbuah. Bukan aku yang cakap. Pepatah Arab yang tinggi nilai bahasanya yang cakap.


Pergaduhan demi pergaduhan. Akhirnya, mereka bercerai. Perkara yang Allah paling benci walaupun halal. Kisha kembali kepada kehidupan asalnya dibandar besar Kuala Lumpur. Kembali single. Pengalaman gagal dalam perkahwinan meninggalkan parut yang dalam buat Kisha untuk kembali ke alam perkahwinan. Walaupun di ajak oleh mamat yang setia menunggunya selama 5 tahun di kerusi simen. Novel hanya berakhir dengan ungkapan, "Ada aku kesah?".


Tapi aku tak suka dengan ending,"ada aku kesah?" - Dalam hidup ni kita tiada yang sempurna. Tapi jangan sampai tak mahu hidup ni tak disempurnakan dengan baik. Buat sehabis baik untuk bahagia & bahagiakan org yang tersayang. 


Overall, novel Kougar: Best


Bab-bab kahwin ni, baca je lah entri aku ni. Moga-moga boleh buat persediaan sedikit sebanyak. Aku pun tak kahwin lagi. Bujang 4 pulak tu. (Maknanya ada 4 kouta isteri yang masih kosong). Ehem.


#3: DENDAM


*****
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.

Dia mula menjadi zalim dan ganas  apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.

Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?

*****


Well, ni novel FIXI yang last aku baca setakat ni. So, ni novel yang paling aku suka. Sebab apa? Sebab aku suka pada konflik politik-us, politibai, gila pada harta, rasuah (bahasa manisnya, duit kopi), kongsi gelap, rakus pada kuasa & pangkat, dan juga perempuan. Senang cerita, pihak berkuasa, lagi-lagi polis pasti tak suka novel ni. Aku setuju dengan Cikgu Zara. Tapi inilah realiti. - Kalau tengok cerita hindustan, rasuah adalah perkara biasa di India. Adik aku yang study kat India pun cakap benda yang sama. Segala benda nak rasuah. Gi-la.



Khalil Gibran, anak kepada Muhammad Amin punya dendam yang amat dalam pada pihak berkuasa setelah ayahnya menjadi mangsa kekejaman pihak polis semasa dalam tahanan akibat demonstrasi jalanan. Dendam kesumat yang membawa Khalil Gibran menjadi manusia tanpa hati perut. Khalil Gibran juga berjaya membina empayar perniagaan. Cuma bersumberkan sumber yang haram. Kemudian digunakan untuk membantu memajukan negara. Nampak tidak ubah seperti Robin Hood. Mencuri untuk bantu golongan miskin. 

Apakah pengakhiran pada Khalil Gibran setelah terlalu banyak kekejaman yang dia lakukan? Selalu sahaja kita katakan hukum karma akan mengambil tempat. Nak tahu lebih lanjut, sila beli & baca dengan mata, minda, & hati. 


Wings; Hukum Karma (1998): GILA darjat GILA nama GILA kuasa GILA harta SEMUA gila


Eh? Macam dah tau je ending? Nak tahu kena la baca :)

Banyak sangat dah aku membebel. Cukup lah tu.

Nota Kecil:
#1: Aku minat sikit-sikit je lagu-lagu Wings ni. Mana yang baik amek, yang tak baik tinggal. Rock Kapak memang evergreen lah.
#2: Novel-novel keluaran FIXI semuanya menarik untuk dibaca. Tahniah! Worth the money.
#3: Penat sudah jadi suri-rumah merangkap penganggur di raja. (Penat bila bercuti terlalu lama).
#4: Faiz, sila slow down baca novel lepas-lepas ni sebab final year sudah mahu mula. Otak tu dah mula karat. Kena prepare. Kalau rasa nak pass Pro exam.

Sila tekan butang "like" di atas kalau suka. Kalau tak suka, butang "dislike" memang tiada. Kalau rajin, silakan share.

Selamat berhujung minggu semua! :)

Tuesday, June 14, 2011

Gila Buku

Assalamua'laikum.

WARNING!: Don't like to read books? 2 words: Stay away.


10 books

Hello to all book lovers & freaks. & geek freaks too. May all of you have a good day today.

Last week sempat aku ke pergi kedai buku. Mana lagi kalau bukan Popular & MPH. Asalnya hanya cari barang keperluan & stok makanan adik aku je dekat Mydin. Tapi aku add plan tu bagi jadi lagi menarik. Ya, ke kedai buku. Peluang yang lama aku tunggu lebih-lebih lagi Abah bagi green light untuk drive. Jarang aku drive kecuali jika perlu. Nak pergi mana-mana, rempit sahaja. Tak perlu fikir nak berasak-asak dalam traffic jam. (Roti & Jem pun tak perlu nak sedia untuk bekalan semasa traffic jam). Juga penangan tak dapat ke KLIBF '11 hari tu.

Selesai rembat beli apa yang perlu dekat Mydin, mintak duit sikit di ATM (duit habis), terus ke Summit. Berjalan kaki sahaja. Tak perlu berkereta dari Mydin sebab dekat & aku malas nak keluarkan duit bayar parking. Nasib baik juga aku tak berkereta sebab aku tak tau rupanya kat Mydin lagi meriah pesta bukunya. Lega. Aku patah balik ke Mydin untuk ke kereta. On the way ke kereta, nampak banyak buku. Siap diskaun. Ada yang hingga 20%. Novel-novel Hlovate dapat rembat dalam RM16. Kira murah la tu. Biasa jual dalam RM19-21. Dapat jimat RM4-5 kira OK la tu. Ke korang ada jumpa lagi murah? Bagitau. Order online mahal sikit sebab ada kos penghantaran. Selagi kaki aku berfungsi, tak cacat, masih boleh sepak terajang manusia bodoh, aku cari sendiri je kat kedai.

Masa di Summit aku sempat rembat 5 buah novel. Novel baru. Ceritanya lebih segar. Lebih ummmppph! Sudah lama aku cari. Akhirnya jumpa. Novel terbitan FIXI (mukabuku FIXI), Hlovate: Contengan Jalanan, & Takdir karya saudara Hilal Asyraf. Dapatlah sedikit potongan harga lebih kurang RM2 setiap satu. Cukuplah buat aku beli Nasi Lemak pagi-pagi atau isi minyak motor. Adik aku cari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha. Mungkin terkena penangan cerita Nora Elena di TV3 sekarang. Mungkin juga hero kacak Seth Tan (Setan). Puas cari, tak jumpa. Sudah ku pesan siap-siap pada adik.
"Jumpa nama Hlovate, bagitau!"

Aku jadi giler dengan karya Hlovate. Hanya novel Hlovate aA+bB, Geng ABCDE: Bercuti ke Arau (Misteri Adiwarna) & Gurindam Jiwa sahaja yang masih tiada. Siapa ada? Aku mahu pinjam. Kalau nak bagi free lagi bagus. Dapat pahala sedekah.

Tak guna cakap banyak. Jom layan gambar-gambar ni!


*****
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.

Dia mula menjadi zalim dan ganas  apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.

Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?

*****
DENDAM: Tulisan Afiffudin Omar, bekas Timbalan Menteri Kewangan Malaysia (1995-1999). 


*****
Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.

*****
Review: Novel ini sahaja yang aku habis baca setakat ini. Itu pun ambil masa dalam 1 hari. Aku tak suka baca terlampau laju even sekarang ni perlu kelajuan bacaan tahap kelajuan cahaya. Aku mahu feeling novel-novel ni. Ceritanya sangat menarik. Bab pertama sahaja sudah persis seperti cerita The Town. Rompakan bank secara terancang. Movie ni sangat best untuk ditonton. Mungkin kanak-kanak Ribena tak sesuai baca novel Pecah ni. Ada bab suami isteri. Bab-bab suami isteri, biasanya aku kurang faham. Ye lah, orang bujang. HAHA.



Retweet (RT) again by @nizambakeri.



*****
Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.



Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang 

sama.



Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?
KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!
*****
Setakat ni 3 novel keluaran FIXI berjaya dirembat. Ada lagi 3 yang masih mahu disambar. NGERI, CEKIK, & KASINO. Itupun jika duit masih ada. Kalau tak pinjam sahaja pada kaki + tangan novel.


Takdir: Karya Hilal Asyraf.

*****
Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah padam. Kerajaaan Tanah Haram diasak hebat. Kota Hijau Chimmayi juga begitu.
Takdir: Cahaya yang Tidak Terpadam membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri.

*****


*****
Menjadi orang gaji dirumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...
Ini bukan asam pedas ini. Dah macam masam-kelat-pedas aje. Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana ditimbanglah dulu. Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi? Bancuk Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.
*****



*****
“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung. “Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan. “Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?” Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip. “Tulip ada?” “Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?” A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.” Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what??? “A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....” “I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.

Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.

*****
Novel aA+bB sudah aku cari. Penat. Tak jumpa. Tapi hati terkinja-kinja mahu baca. Kalau tak, tak feeling nak baca yang ini. Harap-harap orang tu bagi. Janjinya mahu barter dengan buku FIXI. Terima kasih!


*****
"Please, Minn. Bukak tingkap bilik you."
"Huh?"
I'm freezing right outside your window. On the roof."
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
"You what?"
"No kidding. Please... "balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO"
"Minn, I'm dead serious."
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina
"Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"

*****


*****
Lontarkan 

      ...kalau tidak ia meracun 
                                                    kongsikan ...walau hanya pada awan-awan
Mereka berbicara di atas bumbung 

Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!

Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi, kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana malapetaka tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas
*****



*****
I - Fend Namanya Affendy. ‘Fend'; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy'. Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy' II - K² Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.

*****


*****
In his twenty-two years as Prime Minister of Malaysia Dr Mahathir Mohamad transformed his country from an agricultural backwater into an industrial powerhouse that would become the seventeenth-largest trading nation in the world.
This remarkable achievement was not without controversy, and Dr Mahathir's extraordinary vision and iron grip earned him both enemies as well as ardent admirers within and outside of Malaysia. He has been described—typically and paradoxically—as a tyrannical dictator, a bête noir, as well as inspiring, courageous and an outspoken defender of the downtrodden, the Third World, and moderate Islam.
At almost every turn Dr Mahathir rewrote the rules. This book reveals hitherto unknown aspects of this intensely private, but publicly bold, statesman. It provides a clear and compelling narrative of modern Malaysian political history as seen through the eyes of one its greatest shapers. It is neither apology nor defence, but a forceful, compelling and often exciting account of how Dr Mahathir achieved what he did in so short a time, and why.
*****
Buku Tun Mahathir ni aku beli RM75 sahaja. Original price RM100. Awesome bukan? Sudah lama menanti untuk beli. Aku mahu baca walaupun Tun juga punya warna-warni politik yang "menarik" di Malaysia. Yang baik kita ambil, yang buruk tinggal. Aku kagum pada kebijaksanaan Tun mentadbir terutama dalam ekonomi Malaysia. Kalau ada Tuan Guru Nik Aziz sekali mentadbir, pasti Malaysia lagi sejahtera. Sejahtera dalam lingkungan "rahmat" Tuhan Rabb Jalil. 



Novel & Aku
Aku tak tahu la macam mana aku boleh sangkut jadi hantu novel. Aku ingat masa aku Form 3, aku ada terbaca novel Cinderella. Alaaa...cerita drama Melayu kat TV3 dulu-dulu lakonan Ahmad Idham & Haliza Misbun. Ada orang tertinggal kat tempat bacaan, aku baca je la. Timbul rasa seronok pulak. 
Kalau ada novel-novel menarik, sila bagitau. :)



Katanya novel ni kelakar. Se"catchy" tajuknya. Lebih kelakar dari Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Aku mahu baca.


Nota Kaki Buku 1: MPH Summit sudah tutup. Hanya ada Popular. MPH buat jualan promosi di Mydin. Sebab tu aku dapat beli murah. Lepas ni perlu ke Sunway Pyramid kalau nak ke MPH.
Nota Kaki Buku 2: Masih terkial-kial habiskan pdf buku Fiqh Al-Sirah 1 karya Muhammad Said Ramadan Al-Buti. Banyak masalah dalam hidup aku sekarang. Susah nak tumpu. Lebih-lebih lagi baca di komputer.
Nota Kaki Buku 3: Buku-buku novel ni hanya aku baca lepas baca Ma'thurat & Quran pagi-pagi lepas Subuh. Nak berkat hidup, jangan tinggal solat, baca Quran selalu. Tok aku selalu pesan dalam Ma'thurat ni banyak ayat "power". Aku tau ayat quran yang mana-mana pun sama power. Cuma kita amalkan doa-doa tertentu untuk elak musibah dari perkara buruk. Atau serangan manusia berhati SethTan.
Nota Kaki Buku 4: Aku lega dapat tolong Nyang Ayah (Moyang) aku di Terengganu. Terkena gout. Take patient history, examination sikit aku tau ini gout. Lebih-lebih lagi bengkak di kawasan ibu jari kaki (meta-tartasal phalangeal joint). Katanya makan sotong. Sekarang musim orang candat sotong di Terengganu. Diagnosed as gout & aku beri nama ubat Colchicine untuk beli & makan. Dose aku tak sure. Aku baca MOH drug formula 2004 kata tulis 0.5mg - 1.2mg untuk acute gout attack. Confirmed by the doctor at Hospital. Gembira hati dapat tolong orang hanya Tuhan yang tahu. Orang baik kita tolong. Orang jahat jangan tolong. Buang masa. Dosa berganda. Nak masuk neraka?
Nota Kaki Buku 5: Lega urusan nenek aku dirumah ni selesai. Perlu bawa ke Klinik Kesihatan Puchong pagi Khamis ni. Lepas tu bawa darah ke HKL untuk test (RP: Renal Profile). Last 2 weeks, Potassium low. So, kena test balik. Penat nak ulang alik semata-mata untuk ujian darah. Nak je aku buka makmal dalam rumah ni. Setakat ambil darah aku dah lali. Aku boleh buat. Alat je takde. Berapa ratus puluh tangan sudah aku kerjakan. (Tak sampai ratus lagi, sebab tengah belajar).
Nota Kaki Buku 6: Tak sabar nak guna iOS 5. & juga mahu jailbreak iOS 5. Untethered jailbreak masih tiada. Hanya tethered.


Kalau suka, sila tekan butang like kat tajuk, kat atas tu :)
OK. Selamat membaca semua! Bye.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...