Hello to all my lovers.
Well, sebelum aku
*****
Subang - Ampang - Shah Alam - Subang
*****
Asalnya hari ni, aku ada Special Study Module (SSM) presentation di fakulti, Ampang. Pagi-pagi pukul 8 aku dah bersiap. Kelas start jam 9. Enjin motor di hidupkan & bermulalah episod merempit lebih 100 KM hari ni. Aku sampai pun just nice. Tak lambat macam janji Melayu. Orang Melayu biasanya 30 minit lambat
Tahniah buat kawan-kawan aku yang telah berjaya present dengan baik hari ni. Takziah juga buat Syed, sebab Facebook dah kena hack dengan budak-budak nakal genius kat iPad 2 ko.
Nasib Dekan takde tadi
Lepas je habis presentation pukul 12 tadi, terus ke rumah makcik aku kat Ampang sebab nak bagi barang. Dah selesai, terus pecut ke Shah Alam Convention Center (SACC). Jauh tak jauh sampai nak naik cramp jugak tangan aku nak pulas throttle. Tapi semangat nak dapatkan buku membuat aku sanggup meredah lautan highway. Berpeluh tu tak payah cerita la.
Inilah hasilnya :)
Asalnya mahu cari Kasino, Pecah, & Sperma Cinta sahaja. Tapi dah terjumpa buku lain. Pokai-pokai. Nasib la ada diskaun sedikit sebanyak. Buat peminat buku Hlovate, memang bagus kalau beli sekarang. Sebab dapat harga yang sangat murah. Memang tak dapat ah kalau beli kat luar. Buku aA + bB tu aku beli RM 14 je. Buku ABCDE Hlovate tu aku beli RM 10 je. Diskaun 30% untuk buku terbitan JS. Uiihhhh...tak sabar aku nak baca. Kalau sempat aku review sekali nanti.
Buku ISRAEL kuasai dunia tu aku beli dengan harga RM 34. Dapat diskaun 10%. Mahal sikit sebab kulit & kertasnya cantik & berkualiti. Banyak lagi buku-buku lain yang aku tengok. Buku agama pun banyak. Tapi duit aku dah kopak.
Di booth FIXI tadi, aku sempat jumpa dengan Encik Amir, CEO FIXI. Siap tolong sign sekali kat buku Rojak tulisannya. Terima Kasih!
Rugi pulak rasanya tak ambil gambar dengan Amir tadi :(
Sebelum balik tadi layan Upin & Ipin beraksi bersama kanak-kanak. Hehe.. Nak je aku naik atas pentas tu sekali.
See? Penat giler dah wei aku merempit hari ni yang sah-sah lebih 100 KM. Naik kereta lain. Kereta ada air-cond, radio, mp3 bagai. Aku hanya ditemani iPod sahaja. Aku tahu bahaya tapi pasang lagu perlahan-lahan je. Awek Bini kat belakang takde lagi nak teman aku naik motor sekali. Ehem.
Apa lagi tunggu? Cepat-cepat lah pergi ke SACC, Shah Alam. Orang Shah Alam wajib la pergi kan? Sebab dekat sangat dah tu. Bawak anak-anak supaya cintakan ilmu. Moga-moga ada manfaat.
Penat dah aku membebel. Nak tidur sekejap. Kejap lagi bangun nak kemas-kemas barang untuk Kem PPD selama 4 hari bermula Rabu hingga Sabtu. Layan je la kem ni.
Esok aku merempit balik ke fakulti di Ampang sebelum bertolak ke Kem. Dengar kata di Ulu Sepri, Negeri Sembilan. Doakan keselamatan aku. Sambil-sambil ada dalam bas nanti aku dah benda nak baca. Aku plan nak baca Kasino & Sperma Cinta sebab dapat review yang bagus daripada pembaca.
p/s:
Ada akak di SACC tadi tanya: "Dah ada anak?" (Sebab nak jual buku kanak-kanak). Tak sempat aku jawab dia dah jawab. "Awak ni muda lagi. Anak pun takde". (Aku ada anak tekak je sekarang). See? Muka aku tetap maintain muda (& handsome) walaupun umur aku dah 24 tahun. Masa kat Stadium Terengganu hari tu pun, ada pak cik polis ingat aku ni budak sekolah. HAHA. Nasib la.
Balik tadi ternampak gadis-gadis bertudung labuh (bukan tudung bulat). Whoa. Itu memang taste aku. Nampak sangat sopan.
Edit post sikit:
Akulinglung, penulis buku Sperma Cinta tweet aku. Terima Kasih! :)
Balik tadi ternampak gadis-gadis bertudung labuh (bukan tudung bulat). Whoa. Itu memang taste aku. Nampak sangat sopan.
Edit post sikit:
Akulinglung, penulis buku Sperma Cinta tweet aku. Terima Kasih! :)
Lejen tak lejen la kan. Sampai rasa sakit testis bila duduk lama-lama atas motor. Apalah nasib sperma gua.
Semoga selamat semuanya. Ameen!
2 comments:
hi.. thanks for visiting my site..
anyway, saw u bought novel aA + bB by Hlovate. camne cite dia, best x?
i've got 5 Tahun 5 Bulan karangan beliau jugak tapi lom khatam lagi. so, just nak tau your opinion on this writer
anyway, i'm following u~~
Hi..
Oh yeah? Really? Thank you for noticing me. Like usual,get what I want and blah. :)
Setakat ni tak sempat nak baca. Baru habis baca Kasino. Cekik baru separuh jalan baca. Sibuk sikit skrg ni sbb nak prepare utk posting final year.
BTW, my sis dah habis baca before she's going back to India. Boleh baca quick review kat blog dia: http://far7zanee.blogspot.com/2011/07/lebih-5-tahun-6-bulan.html
Thanks for following me :)
Post a Comment