Showing posts with label Merapu. Show all posts
Showing posts with label Merapu. Show all posts

Thursday, November 3, 2011

Aku, Temerloh, & Roti Canai

Assalamua'laikum peeps!


[Roti Canai Abang Bengkel]

Temerloh yang terlalu banyak kenangan. 
Kenangan manis. 
Pahit. 
Kelat. 
Masam.
Semua cukup. 
Ah, aku tak mahu ingat yang pahit. Biarkan tertanam di bawah magma bumi.

Tidak kurang juga ramai kawan-kawan aku yang jumpa jodoh mereka di Temerloh ^_^

Minggu ni lengkap minggu ke-3 di Temerloh. Posting Sakit Puan (Obstetrics & Gynaecology) kian menghampiri ke penghujung. Perkara yang kita semua tak suka lepas tu adalah - EXAM. Ya, untuk ke sekian kalinya exam selepas cuti seminggu sempena raya Haji yang bermula Jummat ni. Masa cuti yang cuba digunakan sebaik mungkin walau cuti tak senang nak duduk tenang.

Semoga dipermudahkan semasa exam. Ameen.

Roti Canai

Tidak sah aku ke Temerloh jika tak pekena roti canai (Kurang-kurang 2 keping) di pagi hari. Pelik bukan? Biasanya orang akan tanya "Dah makan ikan Patin?" - Pernah saja aku di temu-ramah oleh Majalah 3 tentang ikan Patin ketika makan-makan di Temerloh suatu ketika dulu. Buat mereka yang tersinggah/memang menyinggah ke Temerloh tu, molek la makan ikan Patin. Lagi-lagi kalau ke Gerai Pak Usop. Tapi sebelum makan kena tanya harga dulu. :)

Macam mana pulak aku boleh tersesat di gerai makan pagi-pagi hari sedang ramai manusia sibuk bekejar untuk "punch" kad? Huh..zaman menjadi pelajar perubatan adalah zaman yang terlalu seronok. Tak perlu nak bekejar untuk "punch" kad. Asal jangan lewat ke ward round sudah. Di sebabkan gerai Abang Bengkel dekat dengan hospital, maka sempat la singgah sekejap untuk makan. 

Sukar untuk aku ceritakan kesedapan Roti Canai Abang Bengkel. Perlu datang & rasa sendiri.
Rangup.
Kuah dal yang sedap.
Kari juga sedap. 
Tidak kedekut untuk letak bawang dalam Roti telur. 

Sudah kenyang baru boleh fokus belajar di Hospital.

Terlalu banyak kenangan di Temerloh yang dah tak larat aku nak coretkan kat sini sejak 2 tahun lepas setiap kali posting di Temerloh.
Aku mula belajar kembali memandu kereta (manual) setelah 2 tahun tinggal bawa kereta walaupun harap lesen je besar, sebelum cekap memandu di KL. Alhamdulillah, boleh tolong mak ayah kalau ada mereka sibuk. Tambah-tambah tak sempat nak amek-hantar adik bongsu aku ke sekolah/asrama. 

Terima kasih juga pada Abang Deen. Saudagar emas berjaya yang sudi jadi teman setia tika aku mula belajar kembali memandu kereta.

Keseronokan memandu di KL-Karak-Bentong-LPT hanya yang pernah memandu sahaja yang tahu. Lagi seronok dapat pandu kereta mewah yang stabil di selekoh.

Takziah buat bro Ucop yang kemalangan. Kereta tu juga banyak simpan kenangan aku dengan Yunus semasa di Tampin/Melaka. Kereta se-usia kereta biru yang aku guna sekarang.


Kawan aku kata sila cat sebab dah berkurap. - Tolong sponsor boleh?

Aku akan terus sibuk untuk Final Year MBBS. 
Entah bila dapat tulis lagi.

Selamat Hari Raya Haji buat semua! 

p/s: Pandu berhati-hati di jalanraya. Jangan jadi pemandu hantu raya. Bukan lembu sahaja di korbankan, manusia pun ada yang jadi korban. Cuma atas jalan raya. 

Sunday, July 31, 2011

Haaaaaccccummmmm!!!!: Hidup Ibarat Resdung

Assalamua'laikum.



Selamat pagi to all readers. Sudah lama aku tak update. Sekolah Perubatan memang sentiasa sibuk.

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya adakah ini peribahasa baru? Hidup ibarat resdung? Atau jika dialih ke bahasa omputih, "Like is like Allergic Rhinitis". Cuma sebelum aku berbicara lebih jauh tentang peribahasa baru ni, aku mahu cerita serba sedikit tentang posting Telinga, Hidung, & Tekak (ENT: Ear Nose & Throat @ Otolaryngology dalam Bahasa Medic) untuk tatapan kawan-kawan serta juniors & Allergic Rhinitis. Jangan berhenti membaca, teruskan sampai habis.

ENT Posting

Maka telah menjadi sejarah hidup aku, selama 2 minggu (11-22 Julai) sahaja untuk aku belajar Telinga, Hidung, & Tekak. Sekejap..sekejap..sekejap..Aku kira balik tak sampai pun 2 minggu. Cuma 8 hari. 8 hari untuk belajar & tahu serba sedikit tentang Telinga, Hidung, & Tekak. 8 hari yang tidak mungkin engkau jadi seorang Pakar Telinga, Hidung, & Tekak yang memerlukan 4 tahun. Dalam dunia Sekolah Perubatan engkau hanya perlu tahu perkara-perkara penting tentang semua penyakit.


Minggu pertama lagi sudah sibuk. Kelas di hospital memang dari pukul 8 pagi - 5 petang. Rehat hanya sejam. Pukul 1-2 petang. (tapi pandai-pandai la adjust. Doktor pun faham & diaorang pun letih jugak). Pagi bermula dengan kelas teori & klinik. Petang ada sambungan kelas teori,seminar, case presentation, & problem base learning (PBL). Seminar, case presentation macam biasa, pelajar yang akan beri.

Minggu pertama, aku demam & selsema teruk. Kalau orang medic panggil Upper Respiratory Tract Infection (URTI). Petang Ahad aku bawa motorsikal dari rumah ke asrama. Aku tak perasan rupanya KL jerebu teruk. Hari Isnin aku dah mula tak sedap badan. Petang aku jogging dengan harapan suhu badan aku turun. Telan Panadol 2 biji di malam hari, semua tak menjadi. Hari Selasanya aku tak pergi kelas pagi. Pergi kelas petang pun sebab aku kena present seminar  tentang Tracheostomy. Dekat seminggu juga badan aku tak sedap. Sabtu baru nak baik betul-betul. Pendek cerita aku tak belajar sangat masa minggu pertama. Sikit-sikit sahaja sentuh. Bukan aku seorang sahaja. Kawan-kawan lain pun ada kena. Doktor aku pun ada yang selsema minggu tu. Jerebu sangat teruk!

Secara total, kelas teori (lecture) ada 10. Seminar ada 12 tajuk. Case presentation ada 9. Sesi PBL & klinik ada 6 kali. See? Ada 22 tajuk (10 + 12) untuk belajar masa posting ENT ni. Ada juga tajuk yang bertindih & anggap sahaja itu sebagai ulangan.

Di minggu kedua, aku sudah periksa. Khamis OSCE (Objective Structured Clinical Examination) & Jumaat periksa Short Case & MCQ (multiple choice questions). OSCE ada 5 stesen. Banyak juga yang aku boleh jawab. MCQ macam biasalah, Sekolah Perubatan ni berapa kerat sangat yang lulus. Ni bukan zaman-zaman sekolah dulu. Tiada negative marking. Jawab satu salah kena -1. Bukan dapat 0 ye. Tapi ini bukan alasan untuk tak berikan yang terbaik masa jawab soalan tu. Jawab mana yang betul tahu sahaja. Kalau tak pasti, baik tinggalkan. Kalau tak tahu semua, tembak sahaja semua pilihan jawapan. Pelik, tapi inilah kebenaran yang perlu kau tempuh!
Short case aku dapat pesakit bengkak kelenjar Thyroid. Alhamdulillah, banyak juga yang aku boleh jawab. Examiners ni biasanya nak keyword. Bila ditanya tentang simptom Thyroid, perkataan-perkataan ini : Agitation, sweating, exopthalmus, tremor harusla keluar dengan spontan. Bila study tu kena smart. Takkan nak hafal sebijik-sebijik satu buku, ye dak?

Harapan aku cuma mahu lulus ENT posting ni. Untuk dapat distinction tu jauh panggang dari api. -,-"
Maafkan daku.

Allergic Rhinitis

Aku bagi faham serba sedikit tentang Allergic Rhinitis ni. Orang Melayu kita ni selalu sebut benda ni sebagai Resdung. Dalam bahasa perubatan: Allergic Rhinitis is IgE mediated immunologic response of nasal mucosa to allergens. Senang cerita Resdung ni macam penyakit lelah @ asthma. Dalam badan kita ada sel-sel pertahanan badan yang bertindak menghasilkan hingus sebagai tindak balas kepada serangan luar badan. Cuma dalam kes resdung & lelah, sistem ini bertindak berlebihan. Biasanya mereka yang resdung ini punya simtom seperti hidung berair (rhinorrhea), bersin yang teruk (sneezing), hidung tersumbat (nasal blockage), & lelah (bronchospasm - aku tak tahu nak translate). 

Buat mereka yang punya resdung, aku harus ingatkan bahawa penyakit ini tiada ubat. No cure. Yang ada cuma kawalan simtom. Apa yang korang boleh buat adalah dengan elakkan dari terkena jangkitan (Avoidance of allergens). Kalau tahu diri sudah allergic makan seafood kenapa mahu sentuh? Bukan tak boleh makan langsung. Boleh. Cuma, berpada-pada. Kalau ada simtom, makan ubat. Ubat yang biasa diberi adalah Anti-histamine (Loratidine) & juga Nasal Steroid (Budesonide). Jika teruk sangat boleh ambil, Decongestant (Pseudoephedrine).

Apa-apa pun korang terima sahajalah bahawa resdung ini tiada ubat. Maknanya korang akan hidup bersama resdung sampai mati. Yang ada cuma kawalan supaya tidak mendapat komplikasi yang lagi teruk seperti sinusitis, polyps, suppurative otitis media (jangkitan telinga) & bronchial asthma.

Hidup Ibarat Resdung. Haaaaaccccummmmm!!!!

Ya, aku katakan hidup ini ibarat resdung. Seperti pesakit resdung, mereka harus terima kenyataan bahawa mereka akan ada resdung buat selama-lamanya. Begitu juga hidup ini. Tidak semua orang kita boleh masuk. Maksud aku bukan dengan semua orang kita mampu untuk kerja & bina satu semangat berpasukan. Tapi percayalah, Tuhan ciptakan setiap orang itu unik. Belajarlah tentang sebuah kehidupan wahai kawan.

Persoalannya: Sampai bila? Sampai mati?

Mungkin kita tak bisa untuk berkerjasama sekali. Tapi kita boleh kawal, bukan? Kita tidak suka seseorang misalnya, kita betulkan kembali diri kita. Tanya, "dia ada buat salah ke?". Mungkin ada. Suatu ketika dahulu. Tapi sekarang tidak lagi. Terima sahaja bahawa dia sudah berubah. Tidak sakitkan hati kau lagi. Macam resdung. Kau nak marah resdung yang sudah jadi darah daging, tak guna. Kalau resdung dah dikawal, syukur. Kalau tidak, kawal dengan ubat.

Begitu juga cerita dalam Sekolah Perubatan, ada kawan yang suka present (walau tanpa diminta), rajin bantu kawan belajar, ada yang malas tahap gaban, ada yang genius tanpa perlu baca buku (ni agak tipu sebab kena baca buku juga), ada yang suka tak datang discussion + study group, etc. Unik bukan?? Tapi kau harus terima semua itu. Macam resdung. Terima sahaja. Yang ada cuma kawalan.

Berikan sedikit senyuman manis untuk diri sendiri. Jauhkan diri dari stress & tekanan hidup. Itu lebih penting :)

Kalau tak suka seseorang tu biasanya kita akan mengelak dari berjumpa, bukan? Cuma dalam dunia yang kecil ni, pasti akan berjumpa balik. Bagi aku, untuk jadi seorang doktor yang bagus, kau harus punya kekuatan untuk berasimilasi dengan semua orang. Fahami cara mereka. 

Seek First to Understand, Then to Be Understood!

Pesakit juga ada macam-macam penyakit & perangai. Kau harus terima. Walaupun kadang-kala kau benci & menyampah. Pesakit perlu dirawat secara saksama. Tiada lebih tiada kurang. 




Konklusi

Jauhkan diri dari tekanan hidup. Tak bagus untuk kesihatan. Kawal tekanan yang ada disekeliling. Cuma, jangan ambil dadah sudah la. Nanti rosak hidup.

Nota Kaki:

  1. Khamis ni ada peperiksaan mata (opthalmology: Posting 2 minggu juga) pula. Wish me luck!
  2. Esok sudah mula puasa. Ramadhan Kareem!
  3. Masih belum sempat habiskan Cekik -,-"

Selamat Berpuasa Semua!!!

Wednesday, June 22, 2011

#WW: Jambu @ Pink

Assalamua'laikum


Jambu @ Pink

Gambar diambil di kawasan Klang.

Faiz: Warna jambu yang dulu selalu dibenci. Kalau ada wanita pakai jambu/pink, memang nampak lembut. Lelaki pakai pink, jadilah kumpulan Jambu. Muka legend, tapi hati cute. Tapi bukan gay.


WW: WordlessWednesday

Monday, June 20, 2011

Awek Jepun: 3 minggu 1 hari

Assalamua'laikum


Ni lah dia awek Jepun tu. Nama dia Maria Ozawa. Google sendiri dia ni siapa.
Tak mahu cerita.

Hello guys and all readers. 

Aku tak mahu cerita panjang-panjang kali ni. Kebanyakan entri aku panjang-panjang. Mesti ada yang boleh jadi bengong bila baca lama-lama. 

Maria Ozawa. Atau lebih popular dengan nama Miyabi. Aku tak mahu ulas panjang pasal awek Jepun ni. Korang Google lah sendiri pasal dia ni. Sekurang-kurangnya awek Jepun ni pandai jugak pakai tudung. Awek-awek Muslimah kat luar sana yang tak pakai tudung, bolehlah nak rasa malu dengan Miyabi ni. Korang kalau pakai tudung dapat pahala sebab dah jaga aurat (+ pakaian yang tutup aurat jugak la). Kalau pakai baju ketat, seluar lagging, tutup kepala tak ikut piawai keselamatan, tak dapat lah pahala. Niat pun kena Lillahitaa'la. Si Miyabi ni pakai tak dapat pahala pun sebab dia bukan Islam.

Aku bukan nak cerita pasal si Miyabi ni. Aku nak cerita kat rumah aku sudah ada awek Jepun baru selepas 3 minggu 1 hari terumbang-ambing tanpa awek Jepun ni. Tuhan sahaja yang tahu penat membanting tulang 4 kerat. Kerja awek Jepun ni cukup mudah. Hanya perlu BASUH BAJU. Maka, nama sebenar awek Jepun ni adalah mesin basuh @ washing machine.

Jom tgk!












Ni dia mesin basuh baru. Jenama Toshiba. 


Siap boleh basuh hingga 15 kg. Paling banyak dah ni. Comforter pun boleh basuh.
Berat mesin basuh ni 56 kg. Lagi berat dari aku.


Siap ada ciri-ciri keselamatan (untuk kanak-kanak). Ada lid lock. Masa Rinse, tak boleh buka-buka. 
Dah kunci.


Control panel. Aku teruja sikit je tengok benda ni.

Selepas lebih 10 tahun guna khidmat mesin basuh lama, akhirnya ianya rosak. Hanya boleh spin. Tak mampu lagi hendak basuh sebab mesin tu tak boleh retain air. Letak air terus keluar. Akhirnya, bagi sahaja pada mereka yang memerlukan. Kalau berjaya baiki, masih boleh pakai. Bak kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.


Mesin basuh National selepas lebih 10 tahun


National Niagara. Sempena Niagara falls.Tempat yang cantik. Masuk dalam wishlist aku untuk pergi.


Aku tak teruja sangat tadi sebab control panel lebih kurang sahaja bagi mesin automatik ni. Ni dah kira canggih la untuk lebih 10 tahun lepas.

Konklusi/Pengajaran Hidup

Hidup ini hanya sementara. Mesin basuh punya jangka hayat. Begitu juga kita. Habis jangka hayat di dunia, maka MATI.

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,”


(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)

Persoalannya, sudah kah kita bersedia? Apakah persediaan yang kita dah lakukan? Tepuk dada, tanya iman :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...