Selamat pagi to all readers. Sudah lama aku tak update. Sekolah Perubatan memang sentiasa sibuk.
Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya adakah ini peribahasa baru? Hidup ibarat resdung? Atau jika dialih ke bahasa omputih, "Like is like Allergic Rhinitis". Cuma sebelum aku berbicara lebih jauh tentang peribahasa baru ni, aku mahu cerita serba sedikit tentang posting Telinga, Hidung, & Tekak (ENT: Ear Nose & Throat @ Otolaryngology dalam Bahasa Medic) untuk tatapan kawan-kawan serta juniors & Allergic Rhinitis. Jangan berhenti membaca, teruskan sampai habis.
ENT Posting
ENT Posting
Maka telah menjadi sejarah hidup aku, selama 2 minggu (11-22 Julai) sahaja untuk aku belajar Telinga, Hidung, & Tekak. Sekejap..sekejap..sekejap..Aku kira balik tak sampai pun 2 minggu. Cuma 8 hari. 8 hari untuk belajar & tahu serba sedikit tentang Telinga, Hidung, & Tekak. 8 hari yang tidak mungkin engkau jadi seorang Pakar Telinga, Hidung, & Tekak yang memerlukan 4 tahun. Dalam dunia Sekolah Perubatan engkau hanya perlu tahu perkara-perkara penting tentang semua penyakit.
Minggu pertama lagi sudah sibuk. Kelas di hospital memang dari pukul 8 pagi - 5 petang. Rehat hanya sejam. Pukul 1-2 petang. (tapi pandai-pandai la adjust. Doktor pun faham & diaorang pun letih jugak). Pagi bermula dengan kelas teori & klinik. Petang ada sambungan kelas teori,seminar, case presentation, & problem base learning (PBL). Seminar, case presentation macam biasa, pelajar yang akan beri.
Minggu pertama, aku demam & selsema teruk. Kalau orang medic panggil Upper Respiratory Tract Infection (URTI). Petang Ahad aku bawa motorsikal dari rumah ke asrama. Aku tak perasan rupanya KL jerebu teruk. Hari Isnin aku dah mula tak sedap badan. Petang aku jogging dengan harapan suhu badan aku turun. Telan Panadol 2 biji di malam hari, semua tak menjadi. Hari Selasanya aku tak pergi kelas pagi. Pergi kelas petang pun sebab aku kena present seminar tentang Tracheostomy. Dekat seminggu juga badan aku tak sedap. Sabtu baru nak baik betul-betul. Pendek cerita aku tak belajar sangat masa minggu pertama. Sikit-sikit sahaja sentuh. Bukan aku seorang sahaja. Kawan-kawan lain pun ada kena. Doktor aku pun ada yang selsema minggu tu. Jerebu sangat teruk!
Secara total, kelas teori (lecture) ada 10. Seminar ada 12 tajuk. Case presentation ada 9. Sesi PBL & klinik ada 6 kali. See? Ada 22 tajuk (10 + 12) untuk belajar masa posting ENT ni. Ada juga tajuk yang bertindih & anggap sahaja itu sebagai ulangan.
Di minggu kedua, aku sudah periksa. Khamis OSCE (Objective Structured Clinical Examination) & Jumaat periksa Short Case & MCQ (multiple choice questions). OSCE ada 5 stesen. Banyak juga yang aku boleh jawab. MCQ macam biasalah, Sekolah Perubatan ni berapa kerat sangat yang lulus. Ni bukan zaman-zaman sekolah dulu. Tiada negative marking. Jawab satu salah kena -1. Bukan dapat 0 ye. Tapi ini bukan alasan untuk tak berikan yang terbaik masa jawab soalan tu. Jawab mana yang betul tahu sahaja. Kalau tak pasti, baik tinggalkan. Kalau tak tahu semua, tembak sahaja semua pilihan jawapan. Pelik, tapi inilah kebenaran yang perlu kau tempuh!
Short case aku dapat pesakit bengkak kelenjar Thyroid. Alhamdulillah, banyak juga yang aku boleh jawab. Examiners ni biasanya nak keyword. Bila ditanya tentang simptom Thyroid, perkataan-perkataan ini : Agitation, sweating, exopthalmus, tremor harusla keluar dengan spontan. Bila study tu kena smart. Takkan nak hafal sebijik-sebijik satu buku, ye dak?
Harapan aku cuma mahu lulus ENT posting ni. Untuk dapat distinction tu jauh panggang dari api. -,-"
Maafkan daku.
Allergic Rhinitis
Aku bagi faham serba sedikit tentang Allergic Rhinitis ni. Orang Melayu kita ni selalu sebut benda ni sebagai Resdung. Dalam bahasa perubatan: Allergic Rhinitis is IgE mediated immunologic response of nasal mucosa to allergens. Senang cerita Resdung ni macam penyakit lelah @ asthma. Dalam badan kita ada sel-sel pertahanan badan yang bertindak menghasilkan hingus sebagai tindak balas kepada serangan luar badan. Cuma dalam kes resdung & lelah, sistem ini bertindak berlebihan. Biasanya mereka yang resdung ini punya simtom seperti hidung berair (rhinorrhea), bersin yang teruk (sneezing), hidung tersumbat (nasal blockage), & lelah (bronchospasm - aku tak tahu nak translate).
Buat mereka yang punya resdung, aku harus ingatkan bahawa penyakit ini tiada ubat. No cure. Yang ada cuma kawalan simtom. Apa yang korang boleh buat adalah dengan elakkan dari terkena jangkitan (Avoidance of allergens). Kalau tahu diri sudah allergic makan seafood kenapa mahu sentuh? Bukan tak boleh makan langsung. Boleh. Cuma, berpada-pada. Kalau ada simtom, makan ubat. Ubat yang biasa diberi adalah Anti-histamine (Loratidine) & juga Nasal Steroid (Budesonide). Jika teruk sangat boleh ambil, Decongestant (Pseudoephedrine).
Apa-apa pun korang terima sahajalah bahawa resdung ini tiada ubat. Maknanya korang akan hidup bersama resdung sampai mati. Yang ada cuma kawalan supaya tidak mendapat komplikasi yang lagi teruk seperti sinusitis, polyps, suppurative otitis media (jangkitan telinga) & bronchial asthma.
Apa-apa pun korang terima sahajalah bahawa resdung ini tiada ubat. Maknanya korang akan hidup bersama resdung sampai mati. Yang ada cuma kawalan supaya tidak mendapat komplikasi yang lagi teruk seperti sinusitis, polyps, suppurative otitis media (jangkitan telinga) & bronchial asthma.
Hidup Ibarat Resdung. Haaaaaccccummmmm!!!!
Ya, aku katakan hidup ini ibarat resdung. Seperti pesakit resdung, mereka harus terima kenyataan bahawa mereka akan ada resdung buat selama-lamanya. Begitu juga hidup ini. Tidak semua orang kita boleh masuk. Maksud aku bukan dengan semua orang kita mampu untuk kerja & bina satu semangat berpasukan. Tapi percayalah, Tuhan ciptakan setiap orang itu unik. Belajarlah tentang sebuah kehidupan wahai kawan.
Persoalannya: Sampai bila? Sampai mati?
Mungkin kita tak bisa untuk berkerjasama sekali. Tapi kita boleh kawal, bukan? Kita tidak suka seseorang misalnya, kita betulkan kembali diri kita. Tanya, "dia ada buat salah ke?". Mungkin ada. Suatu ketika dahulu. Tapi sekarang tidak lagi. Terima sahaja bahawa dia sudah berubah. Tidak sakitkan hati kau lagi. Macam resdung. Kau nak marah resdung yang sudah jadi darah daging, tak guna. Kalau resdung dah dikawal, syukur. Kalau tidak, kawal dengan ubat.
Begitu juga cerita dalam Sekolah Perubatan, ada kawan yang suka present (walau tanpa diminta), rajin bantu kawan belajar, ada yang malas tahap gaban, ada yang genius tanpa perlu baca buku (ni agak tipu sebab kena baca buku juga), ada yang suka tak datang discussion + study group, etc. Unik bukan?? Tapi kau harus terima semua itu. Macam resdung. Terima sahaja. Yang ada cuma kawalan.
Berikan sedikit senyuman manis untuk diri sendiri. Jauhkan diri dari stress & tekanan hidup. Itu lebih penting :)
Kalau tak suka seseorang tu biasanya kita akan mengelak dari berjumpa, bukan? Cuma dalam dunia yang kecil ni, pasti akan berjumpa balik. Bagi aku, untuk jadi seorang doktor yang bagus, kau harus punya kekuatan untuk berasimilasi dengan semua orang. Fahami cara mereka.
Seek First to Understand, Then to Be Understood!
Pesakit juga ada macam-macam penyakit & perangai. Kau harus terima. Walaupun kadang-kala kau benci & menyampah. Pesakit perlu dirawat secara saksama. Tiada lebih tiada kurang.
Konklusi
Jauhkan diri dari tekanan hidup. Tak bagus untuk kesihatan. Kawal tekanan yang ada disekeliling. Cuma, jangan ambil dadah sudah la. Nanti rosak hidup.
Nota Kaki:
- Khamis ni ada peperiksaan mata (opthalmology: Posting 2 minggu juga) pula. Wish me luck!
- Esok sudah mula puasa. Ramadhan Kareem!
- Masih belum sempat habiskan Cekik -,-"
Selamat Berpuasa Semua!!!
0 comments:
Post a Comment