Wednesday, May 4, 2011

Saham Bank Rakyat

Assalamua'laikum semua buat pencinta blog den terutama gadis-gadis, tak kisah la GEDIK ke tak..haha


Den cakap biaso la yo. Malas nak tulih loghat nogori. Takut ekau semuo tak paham.


Semalam merupakan tarikh bersejarah buat den. Den dah berjaya beli saham. Saham pertama dalam hidup den. Jutaan lemon terima kasih buat Bank Rakyat kerana masih sudi memberi saham kepada den.
Ok…ok..ok.. Mungkin ada di antara ekau semua ni tak berapa faham apa & kenapa perlu beli saham ni?


Saham/Syer/Share


Sebenarnya, den pun tak tahu macam mana nak eja syer/share tu. Tapi biasanya BM panggil saham. Saham ni kalau bahasa mudahnya adalah pelaburan. Kita laburkan sebahagian dari duit yang kita ada pada pihak pelabur. Biar para pelabur ni gunakan duit kita dan keuntungan hasil dari pelaburan tu akan diberi kepada para pelabur.

Pening ke tengok perkataan melabur tu? Apa la labur, melabur, pelabur…Baik pergi melabur kat jamban je. Aaahhh, lega. Jangan lupa "flush".



Baby pun pandai melabur

Senang cerita kita beri duit pada pihak tertentu untuk digunakan dalam perniagaan mereka ni. Hasil keuntungan akan diberi pada kita atau lebih dikenali dengan panggillan dividen. Dividen ni diberi setiap tahun. Ianya bergantung kepada kadar keuntungan. Kalau saham bank rakyat ni dia akan bagi dividen sebanyak 15%. Banyak kan? Kan? Lagi banyak dari Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Kenapa perlu beli saham?


"soalan sy yg bank rakyat ni xde cop pe tah kan? so kalau anything happens, bank negara x tanggung? bankrap? cth lain. cam darurat ke (nau'zubillah)" -Miss Y, YB fakulti den

Den pasti ramai yang takut dengan risiko dengan beli & main saham ni. Ye, hidup ini penuh dengan risiko. Keluar rumah je dah bermacam-macam risiko. Risiko kene langgar, kene ragut, kene rompak, kene r*g*l (tambah-tambah yang suka seksi meksi)…risiko kene kacau, kene ngorat (kalau korang rasa korang "hot" la). haha..

Risiko tetap ada dimana-mana. For your info, Bank Rakyat ni bawah kerajaan Malaysia. Means ada guaranty. You'll get back your money if anything went wrong.

Den nak korang faham bahawa pada waktu & ketika ini saham Bank Rakyat ni dikira sebagai saham koperasi. Belum lagi "listing" dalam board KLSE tu.

Mesti korang semua tak fahamkan apa kene mengena kalau saham tu being listed on KLSE? Bila sahaja saham ni dah berada di KLSE, maka harga satu unit saham tersebut bukan lagi 1 unit = RM 1 seperti sekarang. Mungkin lebih mahal. Ketika sudah "listing" di KLSE, jika anda berhasrat mahu menjualnya kembali, silakan, tepuk dada tanya iman masing-masing. So, sekarang ni Bank Rakyat beri belian maksimum RM 500 seorang = 500 units. Untung bukan? Cuma den nak ingatkan, bila dah "listing", non-Bumi pun boleh beli & kita kena buka investment account. Tak mahal, RM 10 sahaja. Ekau tau je la diaOrg ni. Pantang nampak peluang. Yang Melayu ni macam biasa la, tak mahu ambil peluang.




Teringat bangun pukul 4 pagi untuk dapatkan free McD breakfast. Most of them are Chinese. They take chances.

What the hell is with the unit-unit ni? Tak faham.

Apa yang den tau, 1 Lot = 1000 units. You can do your own calculation.

Contoh:
Beli, 1 Lot dengan harga RM 1000. Bila dah "listing", 1 unit = RM 3
Jual, 1 Lot = 1000 units x RM 3 per unit = RM 3000.
Untung atas angin, RM 2000. Sudah boleh beli iPad 2. Tak pun cukupkan duit kahwin.


Who wants iPad 2?

"bkn ke org maen saham mmg berisiko utk rugi?"- Miss AJ

Risiko untuk rugi sentiasa ada dalam jual beli saham. Tapi siapa yang tak mahu dividen 15%. Lebih tinggi dari dividen KWSP & ASB.

RM 500 x 15% = RM 75.


Nampak sikit, tetapi korang boleh apply untuk beli saham tambahan. Letaklah dulu untuk tambah RM 5K. Bila HQ dah luluskan permohonan, boleh letak berapa yang kita mampu. Kalau mampu isi RM 1K, isikan sahaja.

RM 1000 x 15% = RM 150


Nak lagi banyak kene isi lagi banyak. You do the math.


Status Halal


Usah ragu, kerana Bank Rakyat mengamalkan perbankan Islam.


Jom ke Bank Rakyat!

Syarat-syarat pembelian saham Bank Rakyat.

1. Individu
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Bumiputera beragama Islam
  • Bumiputera bukan beragama Islam
  • Bukan bumiputera beragama Islam
  • Tidak muflis
  • Tiada tindakan mahkamah telah diambil terhadap pemohon
  • Tidak pernah disingkir dari menjadi anggota dibawah Akta Koperasi 1993
2. Koperasi
  • Semua koperasi berdaftar di bawah Akta Koperasi 1993.
Apa yang korang perlukan?
  1. Salinan IC depan belakang.
  2. IC
  3. Borang pembelian saham (dapatkan di Bank Rakyat)
  4. Duit. RM 505.00

Apa lagu tunggu?! Cepat dapatkan saham Bank Rakyat ni. Setiap hari di branch Bank Rakyat ni, dia offer untuk 90 orang sahaja. Bergantung pada tempat juga.

"bank rakyat bangi offer 80 org je per day"- Sukiman Suparjo, [Wartawan Gen2 TV]


Bank Rakyat, boleh ke den dapat sikit komisen?
Selamat Membeli Saham :)

5 comments:

puteri noorliyana said...

wohooo~ jd duta bank rakyat..

Faiz Ezanee said...

Tak de la minat mane pun nak jadi Duta. Apa2 pun aku bukan Ah Long, cuma nak tolong. Lagi2 kawan2 yang dah bersama-sama ni selama hampir 7 tahun.

Ndea said...

Saya musti pilleyyy!! :D

nice entry! nanti cerita lagi yek pasal nih. lagi detail lagi bagus. dah2 takyah cakap nogori2 dah, pening aku bace hahaha

Faiz Ezanee said...

Ndea: Den memang suko buat ekau poning..HAHA.

manusia biasa said...

Salam...jika berminat utk menjual saham bank rakyat boleh email saya di phefit3@gmail.com..putrajaya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...