Friday, July 8, 2011

Review: Kasino

Assalamua'laikum.

! : Sila scroll ke bawah sedikit dahulu untuk loading pautan lagu. - Dark Knight.


[Sumber] Buku FIXI Kasino versi online



[Sumber] Buku FIXI Kasino versi jualan di kedai-kedai buku
Aku beli di kedai sahaja sebab tak suka pada caj penghantaran.

Beli online gambar kulitnya lebih berasap. Jangan lupa bahaya rokok yang mempunyai lebih 4000 bahan kimia berbahaya. Cuma, untuk rokok duit ni aku tak pasti. Yang pasti jangan bakar duit anda dengan cara ini. Penat kerja, lepas tu bakar macam tu aje.

*****
Mohd Narcissus Yussof ialah seorang usahawan Bumiputera yang pantang dicabar.  Dia berkebolehan, kacak serta selesa dengan gaya hidup yang mewah dan hedonis. Tetapi dirinya kini tersepit.


Apabila negeri di mana dia berniaga diambil alih oleh Pakatan Rakyat, sumber kewangannya tergugat.  Lebih parah, dia kini terhutang RM3.8 juta kepada kerajaan negeri.  Dia ada hanya 2 minggu untuk melangsaikannya atau padah, dihadapkan ke badan pencegah rasuah.


Mohd Narcissus harus beradu dengan masa untuk menyelamatkan reputasi. Antara ikhtiarnya ialah dengan mencuba nasib di gelanggang judi antarabangsa.  Nasib dunianya yang selama ini bergantung kepada tampuk kuasa politik semakin menghimpit.  Di medan KASINO sebegini, kemuliaan hanyalah dari kemenangan.


*****


Amaran! : Sila baca novel Kasino ini bersama internet di sebelah anda. 

Mengayuh jugak aku baca Kasino ni. Bukan apa aku dah makin sibuk sekarang. Banyak benda lain nak kena utamakan. Preparation untuk final year medical school bukan suatu benda yang boleh buat main-main. Korang doakanlah aku berjaya dalam final Pro exam nanti. Cukuplah sekali sahaja untuk aku lalui detik-detik exam paling agung dalam dunia. 


Mmmm-mmm... Lagu apa pulak nak bagi untuk kali ni? Oh, aku suka lagu tema Batman Dark Knight oleh Hans Zimmer. Rasa macam kena (kena sipi-sipi pun OK) dengan cerita Kasino. Berdebar-debar (palpitation) bila membaca sebab mahu tahu ending. Lagi-lagi part di Kasino itu sendiri. 





Pertama sekali, aku nak ucapkan tahniah buat penulis Kasino, Saifullizan Tahir. Novel yang hebat. Awesome! Kali ini jalan cerita Kasino amat mudah. Ada 14 bab semuanya. 14 bab yang mana mengikut 14 hari. Ya, 14 hari untuk kumpulkan RM3.8 juta! RM3.8 juta untuk membayar kembali hutang kepada kerajaan negeri. Kerajaan negeri yang diterajui oleh pakatan pembangkang. Atau dihadapkan ke badan pencegah rasuah (SPRM) jika gagal. 


Berjaya atau tidak untuk Dato' Narcissus kumpulkan RM3.8 juta dalam masa sesingkat 2 minggu? Itu korang kena baca. Tak thrill untuk aku bocorkan rahsia. 


Aku katakan tadi korang perlukan internet disebelah semasa membaca novel Kasino ni. Kenapa? Novel Kasino ni sarat dengan barang-barang berjenama yang belum tentu kita semua kenal. Sebab tu aku katakan korang semua perlukan internet untuk Google nama-nama barang atau makanan yang ada dalam novel Kasino ni. Mula-mula baca sahaja aku dah mula panas. Panas sebab tak tau. Setakat sebarang dua barang-barang berjenama aku masih kenal lagi. Sebut barang Apple boleh kata aku kenal (mula kenal sejak Form 4). Sebut Braun Büffel aku masih boleh kenal. Mungkin sebab aku pernah masuk kedai tu. Tapi jenama Braun Büffel tak di sebut dalam Kasino. 


Yang disebut dalam Kasino macam MacBook Pro, MacBook Air, iPhone 4, BlackBerry (Beri Hitam dalam Bahasa Melayu), Tiffany & Co., jam tangan Rolex Steel Oyster Perpatual Submariner, wain vintage Mouton Rothschild 1947, wain William Fevre Chablis, Zara dress, LV clutch, Polo T-Shirt by Ralph Lauren, Banana Republic, Levi's, Porsche 911 Carrera GTS, Ferrari, VolksWagen Golf, BMW 325i, Wayfarer (Ray-Ban Wayfarer), beg Andy Hindmarch, kasut Jimmy Choo, Max Mara, Karen Miller, cerut Cohiba, Gianfranco Ferre, Tom Ford, DKNY perfume, Dior, Roberto Cavalli, clutch Chanel, Miu Miu, Prada, Alain Figaret, DFV, Escada, kad kredit Platinum (bukan Gold. Gold bawah sikit dari Platinum), Judith Leiber, Roger Vivier, bola golf Titleist Pro V, kasut golf Footjoy, kemeja Nike TW, seluar J. Linderberg, Versace, jeans Alexander McQueen, Visol cigar lighter, Brooks Brothers, arak jenama JD, Chivas, Vodka, Jack Daniels, Evian, basikal lumba Cervelo S1, Dolce Gabbana, Stella McCartney, Hugo Boss, Creed perfume,  sepatu Salvatore Ferragamo, Ermenegildo Zegna, Zero Halliburton, Diane Von Furstenberg, jeans 7 For All Mankind, Christian Loubutin, L'Occitine, Vidal Sassoon, & tidak lupa juga barang dari Sweeden - IKEA.



Jangan tertipu dengan permainan dunia



Tolonglah jangan minta barang hantaran yang jenama pelik-pelik & mahal :)

Aku malas nak edit elok-elok kebesaran saiz gambar di atas.









Fuuh... Letih nak senarai. See? Korang rasa korang perlukan pak cik lebai Google tak? Aku perlu. Aku perlukan pak cik lebai Google untuk berkenalan dengan jenama-jenama ni semua. Aku sukar nak bayang bila baca dengan benda yang kita tak tahu & tak faham. Macam baca buku medic. Boleh ke nak faham tentang Stroke tanpa faham bagaimana Stroke boleh berlaku? Kat mana berlaku? Salur atau pembuluh darah mana yang terlibat? Neurons bahagian yang terlibat? - Medical Student sekarang untung sebab punya pak cik lebai Google, Wiki untuk rujuk. Tapi kena hati-hati dengan fakta. Kita semua belajar perlukan pada guru/cikgu. 


Jadi bagaimana nak kumpul RM3.8 juta dalam masa 2 minggu? Ikut tajuk sahaja sudah tahu. Apa lagi kalau bukan Kasino. Kasino tempat memperjudikan nasib dengan berjudi. Mungkin ada lagi cara lain. Tapi untuk kali ini, penulis membawa pembaca ke alam Kasino untuk mendapatkan RM3.8 juta. Kalau korang masih ingat Matematik sewaktu belajar di sekolah menengah, ada satu tajuk Probability. Atau bila dialih ke Bahasa Melayu menjadi Kebarangkalian.  Korang rasa dengan berjudi kebarangkalian korang akan jadi kaya ada berapa peratus? Bijak! 50 %. Korang akan ada 50 % untuk jadi kaya dengan sekelip mata (berkelip-kelip juga mata tu bila main untuk menang judi). Jangan lupa korang juga ada 50 % peluang untuk jadi papa kedana juga dalam sekelip mata. Cuba fikir secara logik, dalam dunia ni ada ke orang nak bagi duit secara free/percuma? Alangkah bahagianya jika ada. Itu hanya fantasi. Khayalan. Hakikatnya, kita semua perlu keluar cari rezeki. Orang yang bina Kasino juga bijak. Pasti ada muslihat untuk elakkan rugi. Buka business untuk rugi tak kan pernah ada dalam kamus manusia.



Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Wahai orang yang beriman, arak, judi, pemujaan berhala dan menenung nasib dengan batang-batang anak panah adalah semuanya kotor, keji dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya, moga-moga kamu berjaya.”

 (Surah al-Ma’idah ayat 90) 

Sekarang korang sudah jelas bahawa judi, arak, tilik nasib, & sembah berhala itu haram buat Muslim. Sekurang-kurangnya aku telah sampaikan sepotong ayat. Buat mereka yang bukan Muslim, mereka ada pegangan mereka sendiri. Kita sebagai Muslim, Tuhan beri panduan. Manual hidup di depan mata. Quran di depan mata. Tinggal untuk ambil, baca, berguru untuk belajar Quran & amal. 

Aku bukan suka-suka pergi buat senarai barang-barang berjenama kat atas. Lihat sahaja barang berjenama & sudah pastinya mahal akan membuka mata korang bahawa novel ini membawa kita kepada dunia golongan elit. Golongan mereka yang punya banyak wang. Tapi jangan lupa bahawa mereka yang punya banyak wang masih ada lagi yang hebat. Ikut perintah Tuhan, & tinggalkan apa yang Tuhan larang. Banyak menderma & bantu golongan susah. Mengimarahkan masjid. Aku tertarik dengan sikap Dato'  Narcissus. Seorang yang pentingkan solat. Sekurang-kurangnya aku gembira untuk melihat sekelumit iman yang masih ada dalam hati Dato' Narcissus ni walaupun dia seorang yang suka minum arak (Subuh dia memang kantoi). Suka minum wain. Main judi (tapi dia ni bukan tahi judi tau). Main perempuan. Rasuah. Aku juga rasa sedikit bangga dengan anak kelahiran Johor ni. Umum tahu anak-anak Johor memang wajib untuk bersekolah agama. Perkara yang aku sangat respect sejak aku dari kecil (jiran aku dulu orang Johor. Selalu cerita tentang sekolah orang Johor. Kawan yang rapat dengan aku juga orang Johor). Minum arak, berjudi, main perempuan, masih punya kekuatan untuk tunaikan solat. Tuhan masih sayangkan Dato' Narcissus. Masih belum dapat penyakit hati (liver cirrhosis) kerana suka minum arak. Masih belum dapat penyakit kelamin (Sexual Transmitted Diseases - STDs) atau HIV kerana main betina. Mungkin kita semua juga pernah tertanya-tanya kenapa solat tidak mampu untuk mencegah dari perbuatan mungkar? Itu semua kena berbalik pada hati kita. Niat kita. Kita solat tunggang-tunggik bukan semata-mata kerana tunai suruhan Tuhan. Bukan untuk menunjuk-nunjuk kita ini 'alim. Kita solat supaya kita punya rasa bahawa Pencipta kita sedang memerhatikan setiap gerak-geri. Setiap langkah-langkah kita. Hadirkan sifat Ihsan dalam diri kita semua. Ikhlas dalam hidup. Capai matlamat hidup untuk dapatkan redha Tuhan. Bagaimana? Dengan Taqwa. - Takutkan Tuhan. Buat apa yang Tuhan suruh. Dan tinggalkan apa yang Tuhan larang. (Khatib yang memberi Khutbah Jumaat sudah pesan tiap-tiap minggu tanpa jemu). 

Aku harap mereka yang mendapat gelaran Dato' atau apa sahaja darjah kebesaran dari Sultan dapat beri contoh yang baik buat masyarakat & generasi seterusnya. Mereka punya kehormatan dalam masyarakat. Lagi-lagi masyarakat Melayu. Tak molek jika masyarakat punya persepsi skeptikal bahawa Dato' ini adalah orang yang kaya, tahi judi, kaki betina, rasuah & kaki botol. Tapi tak nanti dapat Dato' untuk buat semua-semua ni. Asal ada duit, semua boleh. 

Aku suka cara pembawakan bahasa dalam Kasino. Bahasa yang digunakan seronok untuk dibaca. Dibaca & dibaca sehingga habis tanpa sedar. Lebih-lebih lagi bila sampai part di Kasino. Perlu aku ingatkan sekali lagi untuk korang standby internet kat sebelah untuk buka Wiki. Atau untuk lebih mudah tengok sahaja video di bawah. Ada banyak lagi video untuk tengok di YouTube. Search sahaja. Pasti berlambak keluar. Video ni kurang dari 2 minit. Kali ni perlu belajar serba sedikit Baccarat game. Bukan untuk belajar berjudi. Tapi untuk faham game Baccarat.


Apa itu Croupier? Apa itu Banker? Apa itu Shoe? Apa itu player?



Watak-watak dalam novel Kasino juga menarik. Ada Anwar Ibrahim, Tun Dr M, Bik Mama. Juga perempuan betina senggama Dato' Narcissus seperti Dolly, Salmah, Mageedah.

Kalau mahu beri rating, aku berikan 4.5/5 untuk Kasino. Tak boleh nak kasi 5/5 walaupun rasa patut bagi 5/5. Sempurna sangat kalau aku beri 5/5. 

Itu sahaja repekan dan bebelan aku kali ini tentang Kasino. Cekik aku baru baca separuh jalan. Tidak kurang hebatnya Cekik ni. Apa lagi tunggu? Setakat baca review ni korang tak kan capai feeling tahap maksima. Dapatkan Kasino (beli/pinjam/sewa) dan aku ucapkan selamat membaca!

Click butang like diatas untuk share dengan rakan-rakan maya anda di Facebook. Tweet & teruskan re-tweet (RT) buat pengguna Twitter.


Nota Kasino:

  1. Cara lain nak jadi kaya cepat yang biasa kita dengar adalah dengan menjual dadah. Memang cepat. Tapi cepat jugak kena tangkap dengan polis & kena hukum gantung sampai mati. 
  2. Ada masa untuk dibuang nanti aku review pulak Cekik. Tak janji.
  3. Aku akan mulakan tahun akhir sebagai final year medical student bermula 11 Julai 2011. Jangan lupa doakan kejayaan aku. Aku doakan korang semua berjaya dunia akhirat.
  4. Terima Kasih buat semua yang terlibat pada Kem PPD minggu lepas. Terutama Prof yang banyak berkorban masa & tenaga untuk organize Kem PPD.
  5. Buat mereka yang akan berkahwin hujung minggu ni, aku ucapkan Selamat Pengantin Baru! Semoga bahagia sampai syurga.


Selamat berhujung minggu semua!




5 comments:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ said...

Jadi kita boleh main Baccarat?

:p

farzanee said...

regarding hantaran mahal::sebab tu Nabi suruh pilih dan cari isteri yang sempurna agamanya,insyaAllah dia tak mintak benda pelik2 melainkan waktu mengandung,hehe...p/s:ada beli contengan jalanan karya Hlovate tak???

Namie Xa'adea said...

thanks for following me, as well, tapi my blog mmg tak gempak dan bosing (bosan + boring)

Review awak memang sangat brief and thousand times better than mine.

And because of you, I'll resume back baca 5 Tahun 5 Bulan (Hlovate)

cik violet said...

perghh..tergugat..rasa nak baca..ari tu pg pesta bku kat sacc..mmg nak beli tp tak terbeli. huhu

Faiz Ezanee said...

Cikgu Zara:

Mainlah Baccarat selagi tiada unsur judi. Paling elok jauhi terus dari main Baccarat sebab takut terjerumus untuk berjudi. (Sesuai dgn ayat 90 Al-Maidah minta org mukmin utk manjauhi amalan berjudi, minum arak, tilik nasib, sembah berhala).

p/s: I'm not really good bab-bab hukum hakam ni.

:)

Farah:

Contengan Jalanan Hlovate dah beli sebelum Farah blk M'sia hari tu lagi. Ni mesti tak perasan. (Sebab tak bukak pun lagi plastic cover tu).

Namie Xa'adea:

Thank you.
Bosan-bosan, review la 5 Tahun 5 Bulan. Cuma part Ana yang mmg cekap memasak tu agak epik. :)

Cik violet:

Kenapa tak terbeli tu? Takpe, bnyk lagi buku-buku FIXI kat kedai2 buku. Kalau beli di Popular, biasanya ada diskaun.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...