Thursday, November 3, 2011

Aku, Temerloh, & Roti Canai

Assalamua'laikum peeps!


[Roti Canai Abang Bengkel]

Temerloh yang terlalu banyak kenangan. 
Kenangan manis. 
Pahit. 
Kelat. 
Masam.
Semua cukup. 
Ah, aku tak mahu ingat yang pahit. Biarkan tertanam di bawah magma bumi.

Tidak kurang juga ramai kawan-kawan aku yang jumpa jodoh mereka di Temerloh ^_^

Minggu ni lengkap minggu ke-3 di Temerloh. Posting Sakit Puan (Obstetrics & Gynaecology) kian menghampiri ke penghujung. Perkara yang kita semua tak suka lepas tu adalah - EXAM. Ya, untuk ke sekian kalinya exam selepas cuti seminggu sempena raya Haji yang bermula Jummat ni. Masa cuti yang cuba digunakan sebaik mungkin walau cuti tak senang nak duduk tenang.

Semoga dipermudahkan semasa exam. Ameen.

Roti Canai

Tidak sah aku ke Temerloh jika tak pekena roti canai (Kurang-kurang 2 keping) di pagi hari. Pelik bukan? Biasanya orang akan tanya "Dah makan ikan Patin?" - Pernah saja aku di temu-ramah oleh Majalah 3 tentang ikan Patin ketika makan-makan di Temerloh suatu ketika dulu. Buat mereka yang tersinggah/memang menyinggah ke Temerloh tu, molek la makan ikan Patin. Lagi-lagi kalau ke Gerai Pak Usop. Tapi sebelum makan kena tanya harga dulu. :)

Macam mana pulak aku boleh tersesat di gerai makan pagi-pagi hari sedang ramai manusia sibuk bekejar untuk "punch" kad? Huh..zaman menjadi pelajar perubatan adalah zaman yang terlalu seronok. Tak perlu nak bekejar untuk "punch" kad. Asal jangan lewat ke ward round sudah. Di sebabkan gerai Abang Bengkel dekat dengan hospital, maka sempat la singgah sekejap untuk makan. 

Sukar untuk aku ceritakan kesedapan Roti Canai Abang Bengkel. Perlu datang & rasa sendiri.
Rangup.
Kuah dal yang sedap.
Kari juga sedap. 
Tidak kedekut untuk letak bawang dalam Roti telur. 

Sudah kenyang baru boleh fokus belajar di Hospital.

Terlalu banyak kenangan di Temerloh yang dah tak larat aku nak coretkan kat sini sejak 2 tahun lepas setiap kali posting di Temerloh.
Aku mula belajar kembali memandu kereta (manual) setelah 2 tahun tinggal bawa kereta walaupun harap lesen je besar, sebelum cekap memandu di KL. Alhamdulillah, boleh tolong mak ayah kalau ada mereka sibuk. Tambah-tambah tak sempat nak amek-hantar adik bongsu aku ke sekolah/asrama. 

Terima kasih juga pada Abang Deen. Saudagar emas berjaya yang sudi jadi teman setia tika aku mula belajar kembali memandu kereta.

Keseronokan memandu di KL-Karak-Bentong-LPT hanya yang pernah memandu sahaja yang tahu. Lagi seronok dapat pandu kereta mewah yang stabil di selekoh.

Takziah buat bro Ucop yang kemalangan. Kereta tu juga banyak simpan kenangan aku dengan Yunus semasa di Tampin/Melaka. Kereta se-usia kereta biru yang aku guna sekarang.


Kawan aku kata sila cat sebab dah berkurap. - Tolong sponsor boleh?

Aku akan terus sibuk untuk Final Year MBBS. 
Entah bila dapat tulis lagi.

Selamat Hari Raya Haji buat semua! 

p/s: Pandu berhati-hati di jalanraya. Jangan jadi pemandu hantu raya. Bukan lembu sahaja di korbankan, manusia pun ada yang jadi korban. Cuma atas jalan raya. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...