Thursday, April 28, 2011

Me, Myself and....Her? Part 1

Assalamua'laikum kepada pembaca blog aku sekalian alam. Termasuk juga yang tak sudi nak baca. I don't care. Yes, I do care by the way.

Haa…Kan den dah janji dah kan dongan ekau orang sumo. Nak borkonalan. Terutamonyo dongan… "Who is she?". Ekau baco la dulu. Den nak kobar kek kau ni.

"Penerbangan ini mengambil masa lebih kurang 10 minit anda"

Nanti den pulangkan balik 10 minit ekau tu. Den pinjam sekejap. Kalau ekau nak main kek luar pesawat ni pun boleh.
Den tulis blog ni supayo ado kenangan yang boleh den kongsi dengan orang lain & generasi den setorusnyo.

Relax…Relax…Ok, now sit tight and fastened your sitbelt. Kalau tak faham "omputih", tengok gambar kat bawah ni.

Ado jugak tu yang minat nak berkonalan dgn den. hihi… Ekau baco la yo. Maaf pado "omputih" & mereka yang tak faham loghat nogori. Lu pikir la sendiri kalau nak baco. haha.




Q: Sapo namo eh? Namo glamor ado? Namo manjo?

A: Namo den Ahmad Faiz Bin Mohd Ezanee. Memandangkan ramai sangat orang namo faiz kat planet bumi ni, mako den 'adjust' sikit bagi glamor. Faiz Ezanee. Kalau gabung dapek faezanee. Haa… bunyi pon sodap. Kalau awek(s) bini dongar pun mesti terpikat. Ekau nak panggil "Abang paeh" pon tak po. Haha..Apo?! Namo manjo? Den takdo namo-namo manjo macam "boboy", "baby" ni. Ewwww! This is disgusting.

Q: Bilo lahir? Kek(kat) mano?

A: Lahir 7 Mac 19** (ekau isi la berapo yang ekau suko, den memang mudo), kek Hospital Kuala Terengganu (sekarang Hospital Sultanah Nur Zahirah), Kuala Terengganu, Malaysia, Planet Bumi.

Q: Songal bonar ekau ni. Lahir kek ganu, tapi cakapnyo nogori. Apo pasal?

A: Ohh, ye.. Terima kasih atas soalan songal ekau. Ko nak den cakap ganu? Silap haribulan [walaupun hari dan bulan tak pernah lagi den dongar silap], ekau "kompom" (confirm) tak faham. Nanti ado maso kito cubo yo.. Tengok ekau sumo faham tak faham bahasa ganu..


Ni la tompat den lahir. Bilik buruh (Labour room) mano den tak tau


Den ingat den nak kojo sini lopeh grad. Den dongar kojo HKT best. Boleh tengok-tengokkan Tok & Tok Ki den yang tak berapo sihat. Honeymoon berduo je kek kampung tu ha. Rumah kek topi pantai tu. Memang seronok. Seram pun ado. Takut tsunami pun ado. Tapi Tok & Tok Ki den ado baco ayat. Semogo Malaysiaku selamat dari bencana alam yang dahsyat macam kek Jopun tu.


Antara Jepon tinggalan kek Tanah Melayu. SELIPAR JOPUN. Apo lai yang Jopun tinggal?


Q: Apo pasal nak kojo hospital? Ekau bolaja lagi? Kek mano?

A: Bijak. Ekau memang bijak. Den bolaja lagi. Den bolaja ilmu merawat orang secara moden. Tu pasal la den kono kojo kek hospital. Den final year dah ni. Tak sobar den nak grad. Lamo bonar den bolaja. 6 tahun + Matrikulasi 1 tahun = 7 tahun. Den bolaja kek USIM (ekau tanyo pak cik google la yo). Bukan apo, masa mulo-mulo dulu ramai tak konal USIM ni. Siap tanyo government ke swasta universiti. Senang cito, den ni batch ke-2 medic USIM a.k.a 2nd Gen USIMedics. Kampus utamo USIM ni kek Nilai, Nogori Sembilan. Kek topi highway PLUS tu. Mungkin sobab tu den cakap nogori ni. Haha.. Kampus medic & dentistry kek Ampang, Kuala Lumpur. Memang best sobab duduk kek tongah-tongah bandar. Nak apo sumo ado. Duit jo yang kurang. Haha. Tapi den tak pinjam dongan Ah Long.
Jangan sogan, jangan malu la yo datang hospital. Kalau sakit, domam jangan jumpo bomoh dulu. Entah apo bomoh buek pon ekau tak tau. Kalau guna perubatan alternatif macam Darul Syifa' tu tak apo la lai.


USIMedics Gen 2 @ Dinner 2009 (Year 3). Credit to Awe.


Q: Boleh ekau flasback sikit? Ce cito zaman ekau kocik-kocik dulu.

A: Den cito apo yang den ingat la yo. Kalo ado tortinggal, den masukkan dalam entri lain.
Mengikut buku sejarah den, den duduk kek ganu tu sebulan jo. Lopeh tu torus ke Kuala Lumpur. Pasal abah den ni kojo kat kek KL. Den torus jadi orang Kay Ell sampai hari ni. Mulo-mulo dulu den duduk kek Keramat AU 3. Zaman ni duduk rumah sewo kek Keramat tu. Tompat tu kiro macam kampung jugak la. Den sompat la meraso main dengan ayam, itik, angso. Tapi Keramat udah maju sekarang. Siap ado Jaya Jusco kek AU 2 tu. Bosar pulak tu. Maso kocik-kocik dulu den duduk kek Taska/Baby Sitter. Sobab mama dengan abah den poi kojo. Duduk kek Keramat tu sampai lah umur den limo tahun.

Lopeh tu pindah ke Wangsa Maju. Sekolah sumo kek situ. Namo sekolah tu Sekolah Kebangsaan Wangsa Jaya (SKWJ). Sekolah agamo kek Sri Rampai. Masjid Sri Rampai. Tahap pencapaian den tak ado la hebat. UPSR den dapek 4A 1B. Torsangkut pulak English den. Kalau kek sekolah agamo (PSRA) den dapek 79% maso ujian akhir tu. Nasib…nasib.. Itu pun kiro paling tinggi. Zaman kocik-kocik memang malas belajar. Baco buku pun sambil tidur. Mano nak masuk eh…..Adik perempuan den (mudo setahun dari den) lain. Dio rajin. Sobab tu UPSR 5A. Ujian sekolah agamo paling tinggi. Dapek 88%. Perrrggghh…. Memang den tabik spring. Mau result tak bagus. Balik je sekolah torus rembat buku, homework bagi habis baco. Den pulak keluar main bola, badminton. Jiran-jiran den umur pun samo. Apo lai, main sakan la den dengan diaorang ni. Kalau den nak cito pengalaman sekolah rondah den ni memang banyak. Dengan kes bergaduh, kes ditumbuk.. Budak-budak nak borlagak gangster. Tapi den baik. Den tak jahat. Tak jahat. Kalau tak, den tak adonyo nak jadi pengAWAS kek sekolah. Adohai zaman kanak-kanak. Otak tak cerdik lagi. Mungkin den boleh cito maso akan datang.


SKWJ


Hujung tahun bilo cuti sekolah panjang, den pulang ke ganu. Naik kapal terbang yang tak tahan tu. Den naik berduo dengan adik kesayangan den tu. Den duduk dengan Tok & Tok Ki kek ganu sampai la nak habis cuti sekolah. Banyok yang boleh bolajar dengan orang tuo. Nak cito pengalaman ni pun panjang. Kono buek entri lain.

Q: Jang, sekolah menongah apo cito?

A: Lopeh den dapek 4A 1B, den tau dah memang susah nak masuk sekolah bagus-bagus. Mako, den sekolah lah sobantar kek SMK Wangsa Melawati. Yang den tak tahan tu, den kono jadi ketuo darjah. Den dah kobar den singgah sokojap ja kek sekolah tu sementara tunggu dapat tawaran sekolah lain. Lopeh 2 minggu, den pindah ke SMK Segambut Jaya, KL. Sekolah baru. Den batch ke-3. Kek situ ado kelas aliran agama (KAA). Ado asrama tapi lelaki sahaja. Kelas biaso ado la gadis-gadis comel. Mungkin ado sidikit keburukan buek mereka yang sekolah/kelas satu jantina sahaja. Jumpo pompuan pun nak menggelabah, haha.. Tapi den baik.. Den tak menggelabah. Den cool jo. Den tak nakal. Nakal sikit-sikit je. Setakat ponteng kelas, "fly" (istilah lain lari dari asrama) tu biaso. Lobang-lobang "fly" lu pikir la sendiri. Risiko kono tangkap, buang asrama/sekolah ekau tanggung sendiri. Sotakat kono dondo tu biaso. Jalan itik, push-up..hoho.. dah macam kem tentera. Maklum je la, asrama tu semuo lelaki.
Kono la bolajar bahasa arab. Tapi arab komunikasi jo. Tak ado susah macam arab tinggi. 3 tahun den duduk kek Segambut. Maso kek sini, kiro den nak balas dendam kesumat kek UPSR den. Memang den berjayo dapat 9A PMR. Terima Kasih kepado cikgu-cikgu & kawan-kawan den kek Segambut tu. Sampai hari ni dah hampir 10 tahun den tak ke Segambut. Maaf la yo sobab lamo sangat tak ke Segambut.


Ni jo yang ado. Den rembat gambar ni kek google.


Lopeh sebulan den masuk Tingkatan 4, den pindah ke Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Gombak. Namo glamor Integomb. Dekat ajo dengan UIA Gombak. Haaa.. Sekolah ni memang mantop. Antara SBP top 5 kek Malaysia. Maso SPM batch den nombor 2 lopeh KISAS. SPM den OK la. Dapat la den 10 A dari 12 subjek. To be exact, 8A1, 2A2, 1B3, 1B4. Yang A2 tu ialah Biologi & Syariah. B3 tu Arab Tinggi. B4 tu English for Scince and Technology (EST). Den pun tak tau apo kono la dengan subjek EST ni. Memang tercomar result SPM den. Tahun tu jugak soalan SPM Arab Tinggi banyak torsilap. Tapi den apo tau. Den buto Arab Tinggi ni. Tahun 2010, budak-budak junior ni dapat lagi nombor 2 lopeh Sek Sains Somban (SASER). Nak lagi banggo, den adalah batch pioneer kek sekolah tu. Yang ni pun, den kono buat entri lain. Memang banyak den boleh kongsi.


SBPI Gombak. Sekolah idaman Malaya


Q: Lopeh habis sekolah?

A: Hidup tak terhenti lopeh habis sekolah. SPM adalah bekalan terpenting hidup. Tamat sekolah, den kono poi Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau "omputih" panggil National Service (NS) selamo 3 bulan. Ini pun banyak den boleh cito. Tapi bukan sekarang yo.

Lopeh PLKN, den poi amek lesen memandu. Kiro campur sekali dengan lesen merempit motor. Tapi den dah kobar tadi, den budak baik. Den tak merempit. Haaa.. cito amek lesen ni pun ado. Ekau tunggu je cito dio. Bilo nak keluar den tak boleh nak kobar.

Dapat matrikulasi (Pahang), den tolak mentah-mentah. Den tak poi. Sampai den dapat tawaran dari USIM. Kalau tak dapat maso tu, den jadi penganggur terhormat la. Mako, sampai sokarang dah hampir 7 tahun den gembiro bersamo USIM.
Den nak kobar hidup den 7 tahun kek USIM ni pun banyak. Tak terkobar kat ekau.

Q: Hobi?

A: Hobi den selain buek taik mato (tidur), baco buku & usha keindahan alam (aweks), den suko pasal komputer, technology. To be specific den memang suko bermain & "fix" kan barang Apple. Kalau ekau ado mekbuk (MacBook), iPhone nak jailbreak ekau kobar kek den. Setakat ni FOC lai. :)


Mekbuk(s)? Den tolong ekau. FOC.


Q: Ehem..ehem.. Me, Myself sudah. Family? What about "HER"?

A: Family, ekau bukak blog adik den. Malas den nak tulih.

Her tu mak den la. Orang yang berkorban nak keluarkan den dari terowong paling kecil & paling bahayo atas dunio ni. Namo terowong tu, "birth canal" atau orang melayu panggil saluran peranakan. Ingat sonang nak lahirkan anak sulung. And most importantly "mum knows best".

Ok..ok..Let's get serious. Kalau den nak cito about this special one, mampuih den. Den takut ramai gadis-gadis kecewo. Haha.. Bajet market tinggi. Fine. Tengah poyo sekojap. Zaman-zaman sekolah dulu, ado jo den kono kacau dengan awek(s). Dah den memang hensem nak buek camano? Ok. Den tak hensem. Tapi hati den baik. Boleh buek hati awek(s) cair. Tapi den simpan 'skill' tu untuk isteri (-isteri) den. Biar dio bahagio. Sampai syurgo bak kato abang Faizal Tahir.
Kriteria tu biar den rahsiokan bersamo penggerak bait muslim. Bukan sonang nak dapat gadis-gadis yang beragamo kalau ekau sendiri bab-bab agamo pun tunggang-langgang. Den pun samo jo macam ekau. Tapi jangan putus aso. Ekau poi belajo sampai liang lahad.


"Hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda."

‎"Apa pun boys, kalau ada awek yang berjanji akan kasi korang kahwin dua, mungkin korang patut kahwin dengan dia. HAHA."- ni paling quote paling best dari Mr K.

Adioooosss!!! Selamat terhempas semuo :)

2 comments:

aDiK said...

wah.. tak sangko pulak faezanee ghoti(reti) cakap loghat.. LOL...
papepon.. nice to get to know you..
:D

Faiz Ezanee said...

Thanks :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...