Ni lah dia awek Jepun tu. Nama dia Maria Ozawa. Google sendiri dia ni siapa.
Tak mahu cerita.
Hello guys and all readers.
Aku tak mahu cerita panjang-panjang kali ni. Kebanyakan entri aku panjang-panjang. Mesti ada yang boleh jadi bengong bila baca lama-lama.
Aku tak mahu cerita panjang-panjang kali ni. Kebanyakan entri aku panjang-panjang. Mesti ada yang boleh jadi bengong bila baca lama-lama.
Maria Ozawa. Atau lebih popular dengan nama Miyabi. Aku tak mahu ulas panjang pasal awek Jepun ni. Korang Google lah sendiri pasal dia ni. Sekurang-kurangnya awek Jepun ni pandai jugak pakai tudung. Awek-awek Muslimah kat luar sana yang tak pakai tudung, bolehlah nak rasa malu dengan Miyabi ni. Korang kalau pakai tudung dapat pahala sebab dah jaga aurat (+ pakaian yang tutup aurat jugak la). Kalau pakai baju ketat, seluar lagging, tutup kepala tak ikut piawai keselamatan, tak dapat lah pahala. Niat pun kena Lillahitaa'la. Si Miyabi ni pakai tak dapat pahala pun sebab dia bukan Islam.
Aku bukan nak cerita pasal si Miyabi ni. Aku nak cerita kat rumah aku sudah ada awek Jepun baru selepas 3 minggu 1 hari terumbang-ambing tanpa awek Jepun ni. Tuhan sahaja yang tahu penat membanting tulang 4 kerat. Kerja awek Jepun ni cukup mudah. Hanya perlu BASUH BAJU. Maka, nama sebenar awek Jepun ni adalah mesin basuh @ washing machine.
Jom tgk!
Ni dia mesin basuh baru. Jenama Toshiba.
Siap boleh basuh hingga 15 kg. Paling banyak dah ni. Comforter pun boleh basuh.
Berat mesin basuh ni 56 kg. Lagi berat dari aku.
Berat mesin basuh ni 56 kg. Lagi berat dari aku.
Siap ada ciri-ciri keselamatan (untuk kanak-kanak). Ada lid lock. Masa Rinse, tak boleh buka-buka.
Dah kunci.
Control panel. Aku teruja sikit je tengok benda ni.
Selepas lebih 10 tahun guna khidmat mesin basuh lama, akhirnya ianya rosak. Hanya boleh spin. Tak mampu lagi hendak basuh sebab mesin tu tak boleh retain air. Letak air terus keluar. Akhirnya, bagi sahaja pada mereka yang memerlukan. Kalau berjaya baiki, masih boleh pakai. Bak kata pepatah, untung sabut timbul, untung batu tenggelam.
Mesin basuh National selepas lebih 10 tahun
National Niagara. Sempena Niagara falls.Tempat yang cantik. Masuk dalam wishlist aku untuk pergi.
Aku tak teruja sangat tadi sebab control panel lebih kurang sahaja bagi mesin automatik ni. Ni dah kira canggih la untuk lebih 10 tahun lepas.
Konklusi/Pengajaran Hidup
Hidup ini hanya sementara. Mesin basuh punya jangka hayat. Begitu juga kita. Habis jangka hayat di dunia, maka MATI.
Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?
“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,”
Persoalannya, sudah kah kita bersedia? Apakah persediaan yang kita dah lakukan? Tepuk dada, tanya iman :)

(Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah)
Persoalannya, sudah kah kita bersedia? Apakah persediaan yang kita dah lakukan? Tepuk dada, tanya iman :)
8 comments:
aku dah agak dah mesti nak cerita pasal mesin basuh hahahaha
Mesin basuh la. Apa lagi. Hahahaha.
pepatah tu silap la... cube ko pk balik, sabut mmg akan timbul, batu memang akan tenggelam.. so, mne tuahnye?? yg sebetulnye, untung sabut tenggelam, untung batu timbul. kn? baru betol ade onggg..... hehe ~
Eh, eh..mcm tu pulak dah. Selama ni belajar, untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Cuba bukak buku pepatah melayu, Tgh cari tp tak jumpa pulak untung sabut tenggelam, untung batu timbul.
ak main2 je.... haha.. x sangka plak ko carik dgn seriusnye.. tp, kalo ikot logik cm2 la....
Aiyakk..kome ni..ish3. Main2 ye.
mcm ni tak panjang ko kate?? hahahaha aku ingatkan lepas cakap pasal miyabi tu dah abes citer hahahaha terhibur plak aku haha
Haha :)
Post a Comment