WARNING!: Don't like to read books? 2 words: Stay away.
10 books
Hello to all book lovers & freaks.
Last week sempat aku ke pergi kedai buku. Mana lagi kalau bukan Popular & MPH. Asalnya hanya cari barang keperluan & stok makanan adik aku je dekat Mydin. Tapi aku add plan tu bagi jadi lagi menarik. Ya, ke kedai buku. Peluang yang lama aku tunggu lebih-lebih lagi Abah bagi green light untuk drive. Jarang aku drive kecuali jika perlu. Nak pergi mana-mana, rempit sahaja. Tak perlu fikir nak berasak-asak dalam traffic jam. (Roti & Jem pun tak perlu nak sedia untuk bekalan semasa traffic jam). Juga penangan tak dapat ke KLIBF '11 hari tu.
Selesai
Masa di Summit aku sempat rembat 5 buah novel. Novel baru. Ceritanya lebih segar. Lebih ummmppph! Sudah lama aku cari. Akhirnya jumpa. Novel terbitan FIXI (mukabuku FIXI), Hlovate: Contengan Jalanan, & Takdir karya saudara Hilal Asyraf. Dapatlah sedikit potongan harga lebih kurang RM2 setiap satu. Cukuplah buat aku beli Nasi Lemak pagi-pagi atau isi minyak motor. Adik aku cari novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha. Mungkin terkena penangan cerita Nora Elena di TV3 sekarang. Mungkin juga hero kacak Seth Tan
"Jumpa nama Hlovate, bagitau!"
Aku jadi giler dengan karya Hlovate. Hanya novel Hlovate aA+bB, Geng ABCDE: Bercuti ke Arau (Misteri Adiwarna) & Gurindam Jiwa sahaja yang masih tiada. Siapa ada? Aku mahu pinjam. Kalau nak bagi free lagi bagus. Dapat pahala sedekah.
Tak guna cakap banyak. Jom layan gambar-gambar ni!
*****
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.
Dia mula menjadi zalim dan ganas apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.
Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?
Dia mula menjadi zalim dan ganas apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.
Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?
*****
DENDAM: Tulisan Afiffudin Omar, bekas Timbalan Menteri Kewangan Malaysia (1995-1999).
*****
Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.
*****
Review: Novel ini sahaja yang aku habis baca setakat ini. Itu pun ambil masa dalam 1 hari. Aku tak suka baca terlampau laju even sekarang ni perlu kelajuan bacaan tahap kelajuan cahaya. Aku mahu feeling novel-novel ni. Ceritanya sangat menarik. Bab pertama sahaja sudah persis seperti cerita The Town. Rompakan bank secara terancang. Movie ni sangat best untuk ditonton. Mungkin kanak-kanak Ribena tak sesuai baca novel Pecah ni. Ada bab suami isteri. Bab-bab suami isteri, biasanya aku kurang faham. Ye lah, orang bujang. HAHA.
Retweet (RT) again by @nizambakeri.
*****
Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.
Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang
sama.
Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?
KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!
*****
Setakat ni 3 novel keluaran FIXI berjaya dirembat. Ada lagi 3 yang masih mahu disambar. NGERI, CEKIK, & KASINO. Itupun jika duit masih ada. Kalau tak pinjam sahaja pada kaki + tangan novel.
Takdir: Karya Hilal Asyraf.
*****
Dunia diselimuti kegelapan. Selepas Sang Asura dan Lima Jeneral menguasai dunia sepuluh tahun lalu, ramai menyangka cahaya Ilahi telah padam. Kerajaaan Tanah Haram diasak hebat. Kota Hijau Chimmayi juga begitu.
Takdir: Cahaya yang Tidak Terpadam membawa pembaca jauh melangkau zaman. Kala kegelapan menguasai dunia, tika dunia telah hancur dek tangan-tangan manusia itu sendiri.*****
*****
Menjadi orang gaji dirumah Encik Latfy sebenarnya tidak sesusah mana kalau tidak kerana Along Serbia yang sarkastik tu...
Ini bukan asam pedas ini. Dah macam masam-kelat-pedas aje. Masin sangat la ni... lain kali nak letak garam banyak mana ditimbanglah dulu. Nak bagi kita orang kena diabetes ke Cik Ana oi? Bancuk Along kopi O. Kurang gula. Tapi campur sikit honey.
*****
*****
“Akak nak bunga apa? Sebut aje.” Lee pula yang menyambung. “Bunga ros? Bunga matahari? Bunga carnation? Bunga lili? Bunga raya?” Dia membilang dengan jari tangan. “Bunga bakawali? Bunga teratai? Bunga orkid? Bunga plastik? Bunga lawang? Bunga cengkih?” Budak bertujuh itu memandang Addin tak berkelip. “Tulip ada?” “Kenapa mesti akak mintak the only flower yang kita orang tak ada?” A-Cid berpaling ke belakang. “Benz, one red rose, full-bloom, with baby's breath in a bouquet, please. Wrap with white organza." Dia memetik jari. “Pink ribbon.” Benz memandang A-Cid dengan muka yang tak boleh dibaca. “The I-Love-You ensemble?" Keningnya terangkat sebelah. Addin jatuh rahang bawah. The-what??? “A-Cid! Akak memang tak main la benda-benda macam tu....” “I’m Panah Arjuna. I spread the love.” Selamba dia menuturkan dengan muka toya.
Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.
Masihkah anda ingat pada Benz dan Addin, dalam novel aA+bB?
Kini HLOVATE, mengundur beberapa tahun ke belakang, untuk menyingkap sebahagian persoalan, sebahagian rasa dan sebahagian kisah, tentang Addin & Benz serta Magnificent 7 suatu waktu dulu.
*****
Novel aA+bB sudah aku cari. Penat. Tak jumpa. Tapi hati terkinja-kinja mahu baca. Kalau tak, tak feeling nak baca yang ini. Harap-harap orang tu bagi. Janjinya mahu barter dengan buku FIXI. Terima kasih!
*****
"Please, Minn. Bukak tingkap bilik you."
"Huh?"
I'm freezing right outside your window. On the roof."
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
"You what?"
"No kidding. Please... "balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO"
"Minn, I'm dead serious."
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina
"Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"
"Huh?"
I'm freezing right outside your window. On the roof."
Minn tegak dari baringnya, telefon bimbit masih di tangan.
"You what?"
"No kidding. Please... "balas Ashraff Omar.
Mata Minn menala ke tingkap yang ditutupi langsir. Putus fius ke apa mamat ni.
"Enough of your tricks, AO"
"Minn, I'm dead serious."
Ashraff Omar berdiri di atas bumbung porch rumah Minn Edina
"Minn, you nak bagi I masuk atau you nak tengok I jatuh?"
*****
*****
Lontarkan
...kalau tidak ia meracun
kongsikan ...walau hanya pada awan-awanMereka berbicara di atas bumbung
Episod hidup memang berbeza, tapi cerita mereka masih selari!
Allah takkan bebankan hamba-Nya dengan apa yang dia tak mampu!
Hidup tak selalunya lawa, tak selalunya ada pelangi, kalau nak kata a bed of roses pun, duri-durinya tetap ada
Kadang-kadang... bilamana malapetaka tu datang, terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo
Rasa macam dah tak mampu bangkit
Rasa macam dah tak mampu hela nafas
*****
*****
I - Fend Namanya Affendy. ‘Fend'; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna. Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup. Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy'. Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy' II - K² Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah. Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
*****
*****
In his twenty-two years as Prime Minister of Malaysia Dr Mahathir Mohamad transformed his country from an agricultural backwater into an industrial powerhouse that would become the seventeenth-largest trading nation in the world.
This remarkable achievement was not without controversy, and Dr Mahathir's extraordinary vision and iron grip earned him both enemies as well as ardent admirers within and outside of Malaysia. He has been described—typically and paradoxically—as a tyrannical dictator, a bête noir, as well as inspiring, courageous and an outspoken defender of the downtrodden, the Third World, and moderate Islam.
At almost every turn Dr Mahathir rewrote the rules. This book reveals hitherto unknown aspects of this intensely private, but publicly bold, statesman. It provides a clear and compelling narrative of modern Malaysian political history as seen through the eyes of one its greatest shapers. It is neither apology nor defence, but a forceful, compelling and often exciting account of how Dr Mahathir achieved what he did in so short a time, and why.
*****
Buku Tun Mahathir ni aku beli RM75 sahaja. Original price RM100. Awesome bukan? Sudah lama menanti untuk beli. Aku mahu baca walaupun Tun juga punya warna-warni politik yang "menarik" di Malaysia. Yang baik kita ambil, yang buruk tinggal. Aku kagum pada kebijaksanaan Tun mentadbir terutama dalam ekonomi Malaysia. Kalau ada Tuan Guru Nik Aziz sekali mentadbir, pasti Malaysia lagi sejahtera. Sejahtera dalam lingkungan "rahmat" Tuhan Rabb Jalil.
Novel & Aku
Aku tak tahu la macam mana aku boleh sangkut jadi hantu novel. Aku ingat masa aku Form 3, aku ada terbaca novel Cinderella. Alaaa...cerita drama Melayu kat TV3 dulu-dulu lakonan Ahmad Idham & Haliza Misbun. Ada orang tertinggal kat tempat bacaan, aku baca je la. Timbul rasa seronok pulak.
Kalau ada novel-novel menarik, sila bagitau. :)
Katanya novel ni kelakar. Se"catchy" tajuknya. Lebih kelakar dari Hantu Kak Limah Balik Rumah.
Aku mahu baca.
Aku mahu baca.
Nota Kaki Buku 1: MPH Summit sudah tutup. Hanya ada Popular. MPH buat jualan promosi di Mydin. Sebab tu aku dapat beli murah. Lepas ni perlu ke Sunway Pyramid kalau nak ke MPH.
Nota Kaki Buku 2: Masih terkial-kial habiskan pdf buku Fiqh Al-Sirah 1 karya Muhammad Said Ramadan Al-Buti. Banyak masalah dalam hidup aku sekarang. Susah nak tumpu. Lebih-lebih lagi baca di komputer.
Nota Kaki Buku 3: Buku-buku novel ni hanya aku baca lepas baca Ma'thurat & Quran pagi-pagi lepas Subuh. Nak berkat hidup, jangan tinggal solat, baca Quran selalu. Tok aku selalu pesan dalam Ma'thurat ni banyak ayat "power". Aku tau ayat quran yang mana-mana pun sama power. Cuma kita amalkan doa-doa tertentu untuk elak musibah dari perkara buruk. Atau serangan manusia berhati SethTan.
Nota Kaki Buku 4: Aku lega dapat tolong Nyang Ayah (Moyang) aku di Terengganu. Terkena gout. Take patient history, examination sikit aku tau ini gout. Lebih-lebih lagi bengkak di kawasan ibu jari kaki (meta-tartasal phalangeal joint). Katanya makan sotong. Sekarang musim orang candat sotong di Terengganu. Diagnosed as gout & aku beri nama ubat Colchicine untuk beli & makan. Dose aku tak sure. Aku baca MOH drug formula 2004 kata tulis 0.5mg - 1.2mg untuk acute gout attack. Confirmed by the doctor at Hospital. Gembira hati dapat tolong orang hanya Tuhan yang tahu. Orang baik kita tolong. Orang jahat jangan tolong. Buang masa. Dosa berganda. Nak masuk neraka?
Nota Kaki Buku 5: Lega urusan nenek aku dirumah ni selesai. Perlu bawa ke Klinik Kesihatan Puchong pagi Khamis ni. Lepas tu bawa darah ke HKL untuk test (RP: Renal Profile). Last 2 weeks, Potassium low. So, kena test balik. Penat nak ulang alik semata-mata untuk ujian darah. Nak je aku buka makmal dalam rumah ni. Setakat ambil darah aku dah lali. Aku boleh buat. Alat je takde. Berapa ratus puluh tangan sudah aku kerjakan. (Tak sampai ratus lagi, sebab tengah belajar).
Nota Kaki Buku 6: Tak sabar nak guna iOS 5. & juga mahu jailbreak iOS 5. Untethered jailbreak masih tiada. Hanya tethered.
Kalau suka, sila tekan butang like kat tajuk, kat atas tu :)
Kalau suka, sila tekan butang like kat tajuk, kat atas tu :)
OK. Selamat membaca semua! Bye.
7 comments:
walaweh..byk giler buku,haha..buku medic pun tak menyempat khatam,apatah lg novel2 ni..tp no doubt,karya hallovate mmg 5 star!tak pernah baca novel dia but i heard its very2 good:D
eh,tak pernah tau pun abg baca buku jiwang,haha...nk pinjam yg buku dr m tu,looks interesting...
nasib farah x pi,confirm angkut satu lori buku:)))
farah, ad rse x abang awak sangkut kat mne2 girl?? ahaha.... sebab die da bce buku jiwang... n kalo nak tggu habes bce buku medic, mmg x terbace la buku lain..... hu~
gud job, bro!! tahniah!!!
Kalau suka tekan butang like kat atas. :)
InsyaAllah Farah balik nanti, kita pergi Sunway Pyramid nak? Jalan2. haha...Tapi Farah belanja la. Nanti baca je buku2 ni masa balik Malaysia. Dah lama ngidam nak baca buku Dr M tu.
Orang lelaki ni, ada bini satu pun ngaku bujang. Bujang 3. Susah nak predict org laki ni. Baca buku jiwang, tak semestinya ada awek. Tak tau pulak ada girl mana2 yg tersangkut. Nak kawin pun lambat lagi. Kena kerja la dulu sekejap. Mau kasi ada itu fix income. Baru blh rolling duit. Cari saham sikit2. Cukup untuk makan minum anak bini.
Puteri: Thanks. Bila nak mula sistem barter kita?
abang:bereh bab jalan2 smbil cuci mata sambil isi perut,..bole saje tp blanja CAR PARK TICKET je la,wakaka..
eh,nak book pi jalan TAR dulu,nk pi sorang,x nk bawak ekor tp mama x bg,kena berteman,hukaloh..rmai pesan beli tudung ni(spt bese)...nasib tudung bawal je,agak2 kene simpan sedas dua kat makcik yg suka perli beli tudung bawal je dik??(konon x ikit trend,i x peduliii!!!)
kak put:no comment,hehe...mungkin ada mungkin tidak,mood winter sonata dia sudah mari le teww,keke:D
Beli sahaja TUDUNG SAJI pada makcik2 yg suka perli tu. Lagi-lagi yang suka free hair w/pun dah tua. Tunggu masa masuk kubur je. Customer punya hak. Apa hal? HAHA.
Mood winter sonata? Apa tu? Tak pernah tau pun? Tu macam kena ke Korea. Baru dapat feeling-feeling :)
wah. banyaknya membeli buku. baguslah ada minat membaca. wah gaya bahasa kau pun sudah bertukar ya faiz, lantaran banyak membaca novel dan bulu2 ilmiah... hahahah... jadi harusla aku jua menulis begini untuk menitipkan komenan di entri sebegini. wahaha.. sekian.
@Ndea:
Harusla Cik Ndea. Bila mood gila aku sampai, ni lah jadinya. :)
Post a Comment