Friday, June 24, 2011

Review: Pecah, Kougar, Dendam

Assalamua'laikum.




AMARAN!: Hanya sesuai untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja. Read at your own risk. 

Hello to all freak readers.

Masih ingat lagi cerita Gila Buku aku yang aku ceritakan? Kalau dah lupa, bacalah balik.
Alhamdulillah.
Aku berjaya habiskan membaca ketiga-tiga novel ni. Membaca pun tidaklah laju mana sebab banyak urusan dirumah aku ni yang perlu settle. So, priority membaca novel adalah paling bawah sekali. Tapi, bila sudah start baca, faham-faham sahajalah. Susah nak berhenti. Nak terkencing sangat tu, aku berhentilah. 

Aku tersangkut baca novel-novel FIXI ni selepas tertengok ulasan buku-buku ni di sebuah blog. Menarik. Aku suka cerita yang membongkar realiti kehidupan manusia. Mungkin sahaja aku ini orang yang sensitif pada alam sekitar.

Secara keseluruhan, aku berpuas hati. It's really worth the money. Plus, I've got the discount last time. Boleh aku katakan bahawa hidup ini bagaikan sebuah Opera. Kita adalah pelakonnya. Bila baca sambil layan lagu Wings, kena sahaja dengan novel yang tengah dibaca. Sebuah lagu M. Nasir & aku memang meminati karya-karya M. Nasir. Ya, Opera Hidup. (Tajuk asal untuk entri ni. Aku tukar sebab objektifnya aku nak review novel-novel ni). Jalannya kita yang pilih. Kita yang susun. Qada' Qadar wajib kita percaya.

Anda mahu lagu? Anda mahu lagu rock? Sambil-sambil baca tu, boleh layan lagu ni. Tak nak dengar pun takpe. Hayati bait-bait lirik lagu ni kat bawah. 


*****
Hidup bagaikan pentas opera
Tirai hidup dibuka
Ceritapun bermula...
Oh..Oh..Oh..Oh..

Hidup bagaikan pentas opera
Muzik hidup bergema
Aksi insan bermula
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan dengan semangat kejujuran
Sinarilah hatimu oh kesucian
Oh..rempuh api kepalsuan
Pastikan keadilan
Pastikan jaya

Hidup bagaikan pentas opera
Rentak lakon bermula
Siapakah wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Kita kecewa dan menderita
Lumrah alam biasa
Pastikah kau wiranya
Oh..Oh..Oh..Oh..

Lakonkan penuh bersemangat wira
Pastikan langkahmu oh keyakinan
Oh..Leburkan ketidak-adilan
Pastikan kedamaian
Pastikan jaya

*****
Lebih ringkas lagi untuk aku katakan bahawa dalam ketiga-tiga novel ini temanya adalah harta, pangkat, kuasa, & juga nikmat paling agung iaitu seks. Ya, harta, pangkat, kuasa, & seks. Perkara yang selalunya mengelilingi kehidupan manusia. Kita cuba lari sejauh mana pun, tetap akan bertemu. Bagaimana cara untuk kita capai, kita pilih. Kita tentukan. Jalannya hanya dua cabang. Halal atau Haram.

Bagi aku, novel-novel ni sesuai untuk mereka yang berumur 18 tahun ke atas je kot. Benda-benda dalam kelambu ni tak elok expose kat budak-budak bawah umur. Lebih-lebih lagi yang akidah & iman tak kuat. (Pendapat je ni. Jangan serang aku pulak).

#1: PECAH


*****

Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.

Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.

Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH.

*****

Aku mulakan dengan novel Pecah karya Khairunizam Bakeri (Twitter: @nizambakeri). Seperti yang aku katakan di entri Gila Buku, jalan cerita sangat menarik. Penulis berjaya membawa pembaca di waktu & zaman yang berbeza. Cerita yang di selang-seli dengan flashback. Permulaan ceritanya sahaja sudah menarik (boleh ke laman web FIXI untuk baca bab 1 bagi setiap buku). Dimulakan dengan cerita rompakan bank secara berkumpulan. Persis sahaja seperti filem The Town. Atau mungkin sahaja cerita Italian Job yang cukup popular sekitar tahun 2003. Tapi aku rasa lebih mirip kepada filem The Town. Penuh aksi. Bukan sahaja merompak secara berkumpulan tetapi mereka bijak menyamar untuk merompak bank. They're Pros. Mereka cuba untuk tidak tinggalkan bahan bukti semasa rompakan, tetapi apakan daya, salah seorang dari mereka (Alan) terkena tembakan. 




Novel Pecah akan difilemkan. Lihat sahaja bab permulaan. Penuh aksi. Aku yakin filem ini akan berjaya tambat hati penonton. Siapa yang korang rasa layak pikul watak-watak dalam Pecah? Aku rasa nak bagi Aaron Aziz (Herman) & Siti Saleha (Lidya). Perfect. Watak lain aku tak ada idea siapa.


Adegan diteruskan ke rumah Warga Emas. Rumah yang menyimpan seribu satu memori. Manis, pahit, kelat, masam. Semuanya ada. Memori yang menghantui kehidupan Bakar. Punya anak, Kazim & Kahar yang tidak mahu menjaganya. Akhirnya dia jatuh sakit & dimasukkan ke Hospital. Di sebelah katil Bakar adalah Alan. Lidya, bekas jururawat menjadi jururawat di Rumah Seri Memori. Bukan sahaja jururawat, malah merangkap kekasih Herman, peguam yang menjadi perancang utama rompakan bank. Pergolakan keluarga yang menemukan Lidya dan Herman. Masing-masing punyai dendam untuk dilunaskan. 


Siapakah Lidya yang sebenarnya?
Kenapa Herman sanggup menanggung risiko untuk merompak Bank?
Apakah yang telah Bakar lakukan?
Siapakah Nora dihati Bakar?

Bakar jadi titik temu antara Lidya, Herman, Kazim, Kahar, & juga Nora.
Semua persoalan & rahsia akan pecah dalam novel Pecah.


Kosa-kata yang luas menjadikan Pecah antara yang menarik untuk dibaca. Lebih menarik apabila penulis suka meletakkan nama-nama makanan dengan penuh detail yang mungkin jarang-jarang kita dengar (sebab tak pernah makan). Contohnya: Whopper, Chicken Royale, Mediterranean Baked Fish, Manhattan Grilled Norwegian Salmon (salmon panggang dengan curahan sos herba bawang putih), Chicken of Liberty, Nasi Lemak J-Lo. Mungkin juga penulis adalah seorang yang kuat makan. :)



Watak yang ramai juga punya daya tarikan untuk pembaca. Aku tak rasa bosan langsung bila baca. Rasa mahu tahu itu sentiasa ada. Mahu tahu sehingga pecah segala rahsia, dendam kesumat yang ada. Penuh konflik. Sehingga ada yang baca berulang-ulang kali.


Ada masa lebih, boleh ulang. Aku hanya mampu baca sekali sahaja.

Mahu tahu lebih?
Aku serahkan pada korang untuk beli & baca. Aku tak mahu pecahkan rahsia keistimewaan novel ni lebih-lebih. Takut ter"spoil" mood bacaan korang semua nanti. Kepada yang nak beli novel keluaran FIXI, boleh beli secara online, ke Popular/MPH/Kinokuniya/Silverfish, atau pergi sahaja ke booth FIXI @ Pesta Buku Selangor di SACC 24 Jun hingga 3 Julai ni. Buku-buku FIXI yang rare juga boleh didapati.




#2: KOUGAR (COUGAR)



*****
Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.

Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang 
sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari seorang Datuk untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?

KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!

*****

Jalan cerita Kougar lebih mudah. Tiada flashback seperti Pecah.
Kougar membawa pembaca menyusuri kehidupan Kisha. Usia sudah menjangkau 40 tahun tapi masih bujang. Atau lebih tepat lagi dalam masyarakat kita, ANDARTU. Singkatan bagi anak dara tua. Oh, mungkin lebih elok jika aku katakan "anak dara" tua. Kehidupannya di bandar besar Kuala Lumpur boleh dikatakan baik. Tidak kaya, tidak juga perlu meminta simpati masyarakat untuk terus hidup. Kougar atau ejaan omputihnya Cougar (US Canad Slang, 2008) - membawa maksud a woman in her 30s or 40s who actively pursues casual sexual relationship with young men. Orang Melayu kata, wanita berumur yang suka pada lelaki-lelaki muda. Orang-orang sekarang panggil lelaki muda ni anak ikan. Mana dapat idea panggil anak ikan? Aku pun tak tahu.


Kisha sering sahaja bertukar-tukar teman lelaki - Azril, Dato' Emir, Razif, Yusri, Fiqri. Siapa lagi? Ibu Kisha di kampung sentiasa bising bertanyakan bilakah Kisha mahu berkahwin. Jika tiada calon, ibunya mahu menjodohkan Kisha dengan Razif. Seorang imam kampung. Pertemuan dengan Azril yang berumur 25 tahun membawa Kisha untuk lebih mengenali lelaki itu lebih dekat. Ditambah pula konflik apabila Dato' Emir mengajak Kisah keluar berfoya-foya & akhirnya dia terlanjur. Konflik demi konflik yang akhirnya membawa Kisha berkahwin dengan Razif si Imam kampung. Juga merangkap saudaranya sendiri. Penulis berjaya membawa pembaca untuk merenung sejenak bahawa dalam masyarakat kita ini ramai yang bersifat seperti talam dua muka. Atau kalau mahu kasar lagi, syaitan yang bertopengkan manusia. Bagaimana orang yang menjadi imam, dihormati dalam masyarakat bisa sahaja menyakiti isterinya sendiri? Ilmu agama kurang, barangkali. Kalau ilmunya banyak sekali pun, tanpa amal, ianya ibarat pohon yang tidak berbuah. Bukan aku yang cakap. Pepatah Arab yang tinggi nilai bahasanya yang cakap.


Pergaduhan demi pergaduhan. Akhirnya, mereka bercerai. Perkara yang Allah paling benci walaupun halal. Kisha kembali kepada kehidupan asalnya dibandar besar Kuala Lumpur. Kembali single. Pengalaman gagal dalam perkahwinan meninggalkan parut yang dalam buat Kisha untuk kembali ke alam perkahwinan. Walaupun di ajak oleh mamat yang setia menunggunya selama 5 tahun di kerusi simen. Novel hanya berakhir dengan ungkapan, "Ada aku kesah?".


Tapi aku tak suka dengan ending,"ada aku kesah?" - Dalam hidup ni kita tiada yang sempurna. Tapi jangan sampai tak mahu hidup ni tak disempurnakan dengan baik. Buat sehabis baik untuk bahagia & bahagiakan org yang tersayang. 


Overall, novel Kougar: Best


Bab-bab kahwin ni, baca je lah entri aku ni. Moga-moga boleh buat persediaan sedikit sebanyak. Aku pun tak kahwin lagi. Bujang 4 pulak tu. (Maknanya ada 4 kouta isteri yang masih kosong). Ehem.


#3: DENDAM


*****
Khalil Gibran seorang billionaire yang mempunyai ramai kroni dalam bidang politik, jenayah dan penguasaan. Ramai wanita ingin menjadi miliknya, walau bergelar simpanan — dan Khalil Gibran memenuhi setiap impi mereka.

Dia mula menjadi zalim dan ganas  apabila dia melihat kekejaman yang pernah dilakukan ke atas ayahnya. Kariernya bermula sebagai anggota keselamatan yang terkenal dengan teknik interogasi yang ekstrem. Kemudian, kejayaan awal empayar bisnesnya adalah melalui cara-cara haram.

Tetapi dia mula insaf apabila hatinya mengenal kasih sayang dan cinta. Sifat kemanusiaan rupa-rupanya masih wujud dalam dirinya. Khalil Gibran ingin menjadi manusia baru. Berjayakah dia lari sepenuhnya dari sifat lamanya? Atau apakah DENDAM akan terus bertakhta?

*****


Well, ni novel FIXI yang last aku baca setakat ni. So, ni novel yang paling aku suka. Sebab apa? Sebab aku suka pada konflik politik-us, politibai, gila pada harta, rasuah (bahasa manisnya, duit kopi), kongsi gelap, rakus pada kuasa & pangkat, dan juga perempuan. Senang cerita, pihak berkuasa, lagi-lagi polis pasti tak suka novel ni. Aku setuju dengan Cikgu Zara. Tapi inilah realiti. - Kalau tengok cerita hindustan, rasuah adalah perkara biasa di India. Adik aku yang study kat India pun cakap benda yang sama. Segala benda nak rasuah. Gi-la.



Khalil Gibran, anak kepada Muhammad Amin punya dendam yang amat dalam pada pihak berkuasa setelah ayahnya menjadi mangsa kekejaman pihak polis semasa dalam tahanan akibat demonstrasi jalanan. Dendam kesumat yang membawa Khalil Gibran menjadi manusia tanpa hati perut. Khalil Gibran juga berjaya membina empayar perniagaan. Cuma bersumberkan sumber yang haram. Kemudian digunakan untuk membantu memajukan negara. Nampak tidak ubah seperti Robin Hood. Mencuri untuk bantu golongan miskin. 

Apakah pengakhiran pada Khalil Gibran setelah terlalu banyak kekejaman yang dia lakukan? Selalu sahaja kita katakan hukum karma akan mengambil tempat. Nak tahu lebih lanjut, sila beli & baca dengan mata, minda, & hati. 


Wings; Hukum Karma (1998): GILA darjat GILA nama GILA kuasa GILA harta SEMUA gila


Eh? Macam dah tau je ending? Nak tahu kena la baca :)

Banyak sangat dah aku membebel. Cukup lah tu.

Nota Kecil:
#1: Aku minat sikit-sikit je lagu-lagu Wings ni. Mana yang baik amek, yang tak baik tinggal. Rock Kapak memang evergreen lah.
#2: Novel-novel keluaran FIXI semuanya menarik untuk dibaca. Tahniah! Worth the money.
#3: Penat sudah jadi suri-rumah merangkap penganggur di raja. (Penat bila bercuti terlalu lama).
#4: Faiz, sila slow down baca novel lepas-lepas ni sebab final year sudah mahu mula. Otak tu dah mula karat. Kena prepare. Kalau rasa nak pass Pro exam.

Sila tekan butang "like" di atas kalau suka. Kalau tak suka, butang "dislike" memang tiada. Kalau rajin, silakan share.

Selamat berhujung minggu semua! :)

5 comments:

Bintuhambali... said...

1- lagu tu memang layan, sebab ak memang layan sume lagu...
2- Ak nak Adie Putra, xnak Aaron Aziz...
3- ANDALUSIA? = Anak Dara Lanjut Usia
4-Si Kisha ni keje hape? Kawen ngan Imam+pilihan mak bapak, sepatotnye dpt keluarga sakinah, mawaddah warahmah... Allahlah sebaik2 perancang...
5- haha.. ade plak lagu Wings lagi 1 satu kat bawah 2.... Sume pon aku layan.....
6- Santau? Dr Faiz, in medical term pls... x paham la...:p
7- Mmg kene slow down dah ni... Tp, bole lagi layan... Slalu time blaja, ak akan bace a chapter/day just before sleep... Lepas tu masuk mimpi.. hehe....
8- Bagos2.. Banyak stock release tension ak, agak2 nak layan, ak mintak ye...

terpanjangla plak komen....

Faiz Ezanee said...

TQ. TQ.

Kisha ni kerja kat syarikat biasa je. Duduk dalam pejabat. Ada air-cond.

Ada ke medical term untuk santau? Voodoo? (Ni English la).

Bgs jugak baca a chapter before sleep. (Takut tak boleh stop. HAHA). - dpt mimpi yang best2 mmg seronok ah.

Saya pun ada stock bila sistem barter dah mula. :)

Komen je pjg2. Memang suka baca komen org.

jejaka anggun said...

thx for the review... kisah hidup kadang2 tergantung sampailah kita mati.

Faiz Ezanee said...

@jejaka anggun

:)

Kan? Kisah hidup yang kadang kala tergantung sampailah kita mati. Lagi kasihan kalau tergantung tanpa bertali. Itu lagilah seksa.

skulluv said...

PECAH and KOUGAR memang terbaik r..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...